web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mah Sing Jual Tanah Di Pulau Pinang Pada Harga RM66.33 Juta

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:53AM

Penjualan tersebut dapat menjana pulangan kira-kira RM1.8 juta selepas ditolak semua anggaran perbelanjaan berkaitan, kata pemaju hartanah itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Klassik Tropika Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli dengan Morningjoy Sdn Bhd membabitkan penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang pada harga tunai sebanyak RM66.33 juta.

Apabila selesai kelak, penjualan tersebut dapat menjana pulangan kira-kira RM1.8 juta selepas ditolak semua anggaran perbelanjaan berkaitan, kata pemaju hartanah itu.

Tanah berstatus pegangan bebas seluas kira-kira 13,694.95 meter persegi itu terletak di Bandar George Town dan penjualannya dijangka selesai pada suku keempat 2022.

“Cadangan penjualan itu adalah seiring dengan strategi kumpulan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan tanah kediaman jenis M-Series yang melibatkan hartanah mampu milik yang turut sejajar dengan permintaan di pasaran semasa,” katanya merujuk kepada antara produk hartanah Mah Sing.

Malah, Mah Sing menyifatkan penjualan yang digantikan dengan tanah jenis M-Series itu berserta tempoh lebih cepat, dapat membantu pengoptimuman kecekapan tanah simpanan syarikat berkenaan.

Langkah penjualan itu tidak mempunyai sebarang impak ke atas terbitan modal saham dan pegangan pemegang saham utama Mah Sing kerana tidak membabitkan sebarang terbitan saham-saham biasa dalam kumpulan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan