web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRONAS, YPF Kembangkan Pakatan Strategik Bagi Peluang Pertumbuhan Di Argentina

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 12:00PM

YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A. juga telah memeterai Perjanjian Kajian dan Pembangunan Bersama (JSDA) untuk kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperluas pakatan strategik dengan firma minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk bekerjasama dalam projek gas asli cecair (LNG) bersepadu dan bidang lain, termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih di Argentina.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat minyak dan gas negara itu menjelaskan pihaknya telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan YPF.

Sebagai tambahan, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A. juga telah memeterai Perjanjian Kajian dan Pembangunan Bersama (JSDA) untuk kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina, menurut Petronas.

Ia menambah, JSDA itu meliputi pengeluaran gas huluan khusus, saluran paip dan pembangunan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Menurut Petronas, keputusan akhir pelaburan untuk projek itu akan dibuat selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma-terma fiskal, perundangan dan dasar yang kondusif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas menumpukan usaha mengembangkan dan mempelbagaikan peluang bersepadu untuk menguasai pasaran utama.

“Kepakaran Petronas dalam LNG bersepadu dan langkah bukan konvensional akan menambah nilai kepada hasrat dan sinergi kedua-dua pihak dalam meneroka peluang LNG yang berpotensi di Argentina, dengan memanfaatkan sumber gas bukan konvensional Vaca Muerta yang amat banyak,” katanya.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsian dalam projek La Amarga Chica di Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhan di benua Amerika. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis