web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MNO-DNB Muktamad Perjanjian Langganan Saham Dalam Masa Terdekat

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 10:51AM

DNB komited untuk memastikan rangkaian dan infrastruktur 5G akan terus digunakan secara pantas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemeteraian Perjanjian Langganan Saham (SSA) antara Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat

Walaupun SSA itu sudah dimuktamadkan dan bersedia dilaksanakan enam MNO pada 30 Ogos 2022, terdapat perubahan pada saat akhir.

Menerusi kenyataan, DNB memaklumkan, perubahan itu membabitkan keputusan daripada dua MNO, iaitu satu memutuskan untuk tidak meneruskannya, manakala satu tidak memberi kata putus.

“Sehubungan itu, semakan kepada dokumen transaksi (SSA dan Perjanjian Pemegang Saham) perlu dibuat untuk membolehkan langganan ekuiti oleh empat MNO, seterusnya memerlukan kelulusan dalaman daripada kesemua pihak ini.

“Empat MNO kekal berminat dan dijangka proses penyertaan ekuiti akan diteruskan sehingga selesai dengan MNO berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Namun, DNB berkata, perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G sedang berjalan dengan semua enam MNO secara berasingan dan bebas.

“DNB komited untuk memastikan rangkaian dan infrastruktur 5G akan terus digunakan secara pantas.

“Pada masa ini, liputan 5G mencapai kira-kira 30 peratus kawasan berpenduduk dan berada di landasan betul untuk mencapai sasaran liputan 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024,” katanya. – Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis