web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Riyadh Tarik 24 `Gergasi Korporat ' Ke Arab Saudi

Berita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 12:00PM

Riyadh bakal jadi pusat ekonomi dengan 24 pelabutan syarikat multinasional - Gambar arabnews.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBAI – Daya tarikan Riyadh sebagai sebuah pusat ekonomi, kewangan dan pelaburan semakin terserlah selepas 24 buah syarikat multinasional mengambil keputusan untuk bertapak di ibu negeri Arab Saudi itu.

Syarikat-syarikat tersebut termasuk gergasi seperti PepsiCo, Sclumberger, Bechtel dan Boston Scientific serta sebuah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di Kanada, Tim Hortons.

Perkembangan ini selari dengan pengumuman Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman, yang mahu melonjakkan pembangunan Riyadh untuk menjadi antara 10 bandar ekonomi di dunia serta meningkatkan populasinya sebanyak dua kali ganda menjelang 2030.

“Fokus utama adalah memudahkan syarikat global menjalankan perniagaan di Arab Saudi. Pembinaan zon ekonomi istimewa dan Pusat Kewangan Sultan Abdullah telah membuka pintu serta peluang kepada syarikat multinasional untuk berhijrah ke Riyadh,'' kata presiden Suruhanjaya Diraja Bandar Riyadh, Fahd Al-Rasheed seperti yang dilapor oleh Arab News.

Menurutnya, syarikat-syarikat itu juga mempunyai kelebihan sebagai penggerak utama yang membolehkan mereka mengawal pasaran yang terbesar di wilayah Semenanjung Arab.

“Kami juga berancang untuk menjadikan Riyadh lebih selesa untuk didiami. Ia bakal mempunyai ruang hijau yang luas, kemudahan bersukan dan rekreasi serta kesenian dan budaya.

“Kalau kita boleh berikan kemudahan seperti ini, mereka akan datang,” kata Fahd.

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al-Falih berkata, beberapa penstrukturan semula yang membabitkan pengelolaan zon ekonomi istimewa dan undang-undang buruh serta pendidikan akan diperkenalkan pada pertengahan pertama tahun ini.

Syarikat yang beroperasi di zon-zon ekonomi istimewa di Riyadh akan menikmati pelbagai pengecualian cukai, insentif dan pengecualian dari undang-undang buruh selama sepuluh tahun serta proses perlesanan komersial yang cepat dan mudah.

Menurut Fahd, kerajaan Arab Saudi membelanjakan kira-kira RM897 bilion untuk projek-projek pelaburan dan pembangunan sekitar Riyadh. Pelan pembangunan terperinci bandar tersebut akan siap pada suku kedua tahun ini. - Getaran, 1 Februari 2021

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar