web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$109.02 Bilion Pada Akhir Jun 2022

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 2:14PM

Bank Negara Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.02 bilion (US$1=RM4.45) pada akhir Jun 2022, berdasarkan format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain pula berjumlah US$5.9 juta.

Bank pusat menambah, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing akan matang berjumlah US$8.15 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara,” jelas BNM menerusi Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Jun 2022 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut bank pusat, kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak US$14.0 bilion pada akhir Jun 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak  April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek, jelasnya.

Bank pusat menambah, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.12 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$401.6 juta, menurut BNM.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” jelas bank pusat.

BNM menjelaskan, secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Jun 2022 tetap boleh guna. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Titah Semua Pihak Tumpu Pelaksanaan Pembaharuan Ekonomi, Tingkat Daya Saing

3

Semasa 3 tahun yang lalu

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenaikan OPR: Pinjaman Lebih Mahal, Bagaimana B40 Boleh Menyediakan Keperluan Hidup? - SPCAAM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan