web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia Bantu Perodua Luaskan Pasaran Ke Luar Negara - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 12:10PM

Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) melancarkan Perodua Alza serba baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia membantu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meluaskan pasaran sedia ada dan mencari pasaran baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Justeru, beliau mahu Perodua terus mempertingkatkan kebolehan pengeluarannya, sekali gus mencapai skala ekonomi yang kompetitif setaraf dengan syarikat-syarikat asing di rantau ini.

"Impak kemajuan industri automotif negara amat penting dan dapat dilihat melalui aktiviti ekonomi yang dijana melalui pewujudan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran teknikal, pindahan teknologi dan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat asing," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran Perodua Alza serba baharu hari ini. 

Malah, menurutnya Perodua turut membuktikan komitmen berterusan kepada sektor automotif tempatan dengan pembelian komponen automotif sebanyak RM7 bilion secara purata setiap tahun.

Perdana Menteri berkata keuntungan daripada pembelian komponen tempatan ini dapat digunakan oleh syarikat-syarikat tempatan untuk terus memajukan perniagaan masing-masing sama ada  mengembangkan operasi ataupun melabur dalam teknologi baharu.

"Saya difahamkan terdapat syarikat komponen tempatan yang telah menjadi pembekal komponen kepada syarikat Daihatsu di Jepun. 

"Ini satu pencapaian yang amat membanggakan negara kerana lazimnya kita import komponen dari Jepun tetapi kini, kita yang mengeksportkannya ke Jepun. Syabas saya ucapkan!," ujar Ismail Sabri. 

Ismail Sabri Yaakob - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri
Ismail Sabri Yaakob - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut berbangga dengan kegigihan Perodua mencari peluang bekerjasama dengan pelbagai kementerian untuk memajukan ekosistem industri automotif negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Perodua juga harus menjadi contoh oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain yang mana kepentingan negara didahulukan demi kesejahteraan semua," katanya. 

Sementara itu, melihat kepada pertumbuhan industri automotif yang memberangsangkan, Ismail Sabri yakin Malaysia mampu mencapai sasaran jualan kenderaan sebanyak 600,000 unit bagi 2022, peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding 2021. 

Sebanyak 61,624 kenderaan didaftarkan pada suku pertama 2022, meningkat sebanyak 6.4 peratus berbanding 57,909 kenderaan yang dijual pada tempoh yang sama 2021. 

Pihak Perodua pula menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 247,800 unit, iaitu 30.2 peratus bagi tahun ini  berbanding 190,291 kenderaan pada tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis