web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kekal 5.3 Hingga 6.3 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 2:37PM

Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini di antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus seperti diumumkan pada Mac lalu.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, unjuran itu disokong permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, permintaan luaran yang terus berkembang dan pasaran pekerja yang terus bertambah baik.

Katanya, pertumbuhan juga akan menerima manfaat daripada pelonggaran sekatan, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan pelaksanaan projek pelaburan.

“Bagaimanapun risiko terhadap momentum pertumbuhan Malaysia masih wujud. 

“Risiko itu termasuk pertumbuhan global lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meruncing, gangguan rantaian bekalan semakin teruk, perkembangan buruk berhubung dengan COVID-19 dan volatiliti pasaran kewangan yang meningkat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bagi tahun ini inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus dalam persekitaran kos input yang tinggi dan permintaan yang bertambah baik. 

Katanya, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka meningkat pada tahun ini dengan mencatatkan purata antara dua peratus hingga tiga peratus.

“Beberapa faktor penting dijangka membendung sebahagian daripada tekanan harga menaik, iaitu langkah-langkah kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

“Meskipun begitu, prospek inflasi terus bergantung pada perkembangan harga komoditi, yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan berlanjutan,” katanya.

Katanya, prospek itu juga bergantung pada langkah dasar dalam negeri berhubung dengan harga yang ditadbir. - Getaran, 13 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan