Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NSK Grocer Tawar Produk Kualiti, Harga Berpatutan

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 2:53PM

Mohd Shariff Omar (kanan) beramah mesra dengan pengunjung di NSK Grocer di Quill City Mall, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - NSK Holdings Sdn Bhd (NSK) melancarkan pasar raya premium pertamanya, NSK Grocer di Quill City Mall, di sini yang menawarkan barangan keperluan harian berkualiti pada harga berpatutan.

Pengerusi Bukan Eksekutif NSK Grocer, Tan Sri Mohd Shariff Omar, berkata barangan dijual itu merangkumi produk tempatan dan import, termasuk bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta daging.

“Bahkan dari segi keluasan, kami adalah pasar raya terbesar di pusat bandar, di mana kami mampu memberikan pengalaman pembelian lebih selesa dengan adanya ruang yang luas.

“Konsep di pasar raya ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup pengguna, justeru kami percaya pembukaan ini akan membawa pengalaman membeli-belah yang santai dan memberi impak positif kepada orang ramai, khasnya buat mereka tinggal serta bekerja di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembukaan Pasaraya NSK Grocer Quill City Mall, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan Quill Retail Malls Sdn Bhd, Justin Liew.

Mohd Shariff Omar
Mohd Shariff Omar

NSK Grocer adalah pasar raya yang dibangunkan dengan kerjasama NSK Trading Company dan Versatile Creative Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Mohd Shariff menyifatkan pasar raya berkenaan sebagai rangkaian kecil untuk Pasaraya Besar NSK yang membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai produk di situ.

“Pembukaan pasar raya ini juga selari dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah,” katanya.

NSK Grocer merancang untuk membuka 4 lagi cawangan pada tahun depan.
NSK Grocer merancang untuk membuka 4 lagi cawangan pada tahun depan.

Mohd Shariff berkata, pihaknya turut merancang untuk membuka empat lagi cawangan NSK Grocer pada tahun depan.

“Perancangan bagi mengukuhkan kedudukan syarikat di pasaran ini, bergantung kepada lokasi yang sesuai bakal ditentukan.

“Walau apapun, misi kami adalah sentiasa komited untuk memastikan semua barangan dijual berkualiti tinggi dan segar bagi menjamin kepuasan pelanggan, selain menjadikan setiap pembelian berbaloi dengan wang dibayar,” katanya.

Justin Liew
Justin Liew

Sementara itu, Justin ketika ditemui Getaran, menjelaskan pembukaan NSK Grocer diyakini turut berpotensi menarik pelanggan dari luar Kuala Lumpur.

Jelasnya, keyakinan itu berdasarkan pasar raya berkenaan mempunyai pelanggan setia yang menyatakan harga barangan ditawarkan di situ lebih murah berbanding nilai pasaran semasa.

“Kami berbesar hati untuk menerima NSK Grocer sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall dan dengan pembukaan ini, kami akan membawakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan kepada pelanggan kami, termasuk harga berpatutan.

“Kita yakin bahawa NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Lembah Klang, malah saya sendiri melihat ada pelanggan dari luar berbelanja di pasar raya ini,” katanya. - Getaran, 8 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 21 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini