Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Wira Tidak Didendang Bantu Pulih Ekonomi Usahawan Wanita Mikro

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:02AM

Nuraizah Shamsul Baharin - Gambar dari Facebook Nuraizah Shamsul Baharin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mencurahkan tenaga dan keringat, serta berdiri seiring para petugas barisan hadapan bagi menghadapi cabaran getir dalam menangani krisis kesihatan pandemik COVID-19 ketika ini, bukanlah tugas mudah dilaksanakan khususnya bagi kaum hawa.

Sungguhpun petugas kesihatan dan pasukan keselamatan memainkan peranan utama ketika pandemik ini, mereka yang di ‘belakang’ usaha memulihkan kembali ekonomi dan pendapatan komuniti juga, memainkan peranan cukup besar.

Salah seorang daripada mereka, Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (WENA) Nuraizah Shamsul Baharin, yang secara sukarela tampil membantu atas dasar memupuk semangat ‘wanita bantu wanita’.

Nuraizah berkata, kesan dari pandemik ini memberi ‘tamparan’ hebat terhadap ekonomi komuniti khususnya usahawan mikro wanita, dan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaannya ini, berasa terpanggil untuk membantu.

“Kita akui, ramai dalam kalangan usahawan mikro ini amat terkesan semasa pandemik, ada yang tidak dapat teruskan perniagaan termasuk menutup perniagaan sepenuhnya dan pelbagai kisah lain.

“Dari situ kita fikir apa yang boleh kita lakukan selain bantuan yang diberikan kerajaan, kita juga perlu ambil pendekatan untuk bantu pulihkan ekonomi dan sumber pendapatan golongan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Nuraizah yang juga Pengarah Urusan Madcat World Sdn Bhd sebuah syarikat membangunkan aplikasi mudah alih berkata, terdapat tiga program telah dilaksanakan pihaknya sejak tercetusnya pandemik COVID-19 bagi membantu usahawan mikro wanita.

Ini termasuk program MADCash melalui syarikatnya sendiri, di mana tiga usahawan mikro wanita diberi sumbangan RM1,000 setiap seorang.

“Alhamdulillah melalui program ini mereka yang kita bantu dapat jana semula pendapatan kira-kira RM16,000 ketika lebaran,” katanya.

Melalui WENA, katanya seramai 30 usahawan mikro wanita dibantu dari segi kewangan dan dimasukkan ke dalam akademi untuk tingkatkan kemahiran perniagaan mereka dengan bantuan pembiayaan dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

“Bulan Jun ini, kita akan dapat satu pembiayaan lagi daripada Kedutaan AS, untuk WENA membantu lebih 50 usahawan mikro dan memasukkan mereka ini dalam akademi seperti sebelum ini dan tambah baik kemahiran perniagaan, sekali gus meningkatkan perniagaan mereka ke tahap lebih baik,” katanya.

Nuraizah berkata melalui Program BangKIT Bank Islam pula, MadCat selaku ‘çhange maker’ menerima pembiayaan antara RM500 hingga RM20,000 untuk membantu kira-kira 100 usahawan mikro, dan ia masih lagi dalam proses pemilihan (penerima).

Sebagai wanita berkerjaya dan ibu kepada seorang cahaya mata, Nuraizah berkata apa yang dilaksanakannya ini adalah berlandaskan semangat untuk memupuk eko-sistem ‘wanita bantu wanita’.

“Wanita bukan hidup untuk diri sendiri, sebaliknya mereka hidup untuk anak, suami dan ibu bapa mereka, kerana itu mereka terdidik menjadi wanita hari ini yang kuat yang turut mampu menabur jasa kepada negara dan masyarakat,” katanya.

Isnin ini, peranan dan sumbangan golongan ini akan disambut di peringkat nasional bertemakan Wanita Waja Negara: Wanita Bangkit Mendepani Cabaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 5 jam yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN