Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Intel Corp Labur RM30 Bilion Bagi Pengembangan Kemudahan Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 3:21PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Intel Corporation yang juga antara pengeluar cip terbesar dunia, akan melabur lebih RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun ini bagi mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Patrick Gelsinger berkata pelaburan tambahan di negara ini turut melibatkan pengembangan kemudahan ujian pemasangan pembuatan sedia ada selain membangunkan prosedur ‘die prep’ atau proses sebelum pemasangan dengan penambahan keupayaan pembungkusan yang lebih maju.

Syarikat itu juga merancang untuk mempunyai fasiliti baharu di negara ini bagi membolehkannya menambah jumlah pengeluaran serta meningkatkan kedudukannya dalam rantaian nilai pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti, katanya.

“Pembinaan bagi tujuan pengembangan baharu di Kulim dan Pulau Pinang sudah pun dimulakan.

“Kemudahan baharu yang menyokong teknologi maju pembungkusan itu dijangka mencatat pengeluaran pada 2024,” katanya pada sidang media mengumumkan pelaburan baharu tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman.

Sementara itu, Mohamed Azmin menyifatkan pelaburan Intel itu sebagai hasil kerjasama strategik jangka panjang syarikat itu dengan Malaysia selama 50 tahun manakala kemudahan bertaraf dunia itu akan turut meletakkan negara ini di barisan hadapan sektor semikonduktor dunia.

“Ini turut menjadi bukti keyakinan kukuh Intel terhadap Malaysia selaku hab pelaburan pilihan.

“Pada masa sama, ia juga menunjukkan peningkatan trajektori pemulihan ekonomi kita serta prospek cerah dari segi pertumbuhan yang memberangsangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Gelsinger berkata Intel juga komited untuk meneruskan pelaburan serta melakukan inovasi di negara ini dengan pelaburan baharu tersebut dijangka mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan baharu Intel selain lebih 5,000 pekerjaan binaan bagi rakyat tempatan.

“Kami bukannya pemburu sebaliknya hadir di Malaysia untuk mewujudkan ekosistem, komuniti dan perkongsian dengan syarikat pemula niaga di sini bagi membangunkan keupayaan teknologi pasaran Malaysia secara menyeluruh,” katanya.

Mengulas kekurangan semikonduktor dunia pada masa ini, beliau berkata keadaan tersebut secara keseluruhannya amat ketara yang menyaksikan Intel dan industri memberi tindak balas dalam bentuk pembangunan kapasiti serta memacu bekalan sepantas mungkin.

Menurutnya, ini penting bagi membolehkan bekalan keseluruhan semikonduktor pada tahun ini berupaya meningkat lebih ketara berbanding dua hingga tiga dekad lepas.

Gelsinger berkata industri semikonduktor berkembang kira-kira 5.0 peratus setahun dengan nilainya mencecah kira-kira US$500 bilion pada tempoh sebelum COVID-19 namun keadaan pandemik berkenaan telah menjejaskan rantaian bekalan.

Permintaan terhadap semikonduktor yang melonjak sehingga 200 peratus tahun ke tahun berbanding rantaian bekalan yang telah terjejas itu sebaliknya telah mewujudkan jurang besar bekalan yang perlu ditampung, katanya.

“Saya menjangkakan kekangan dan kekurangan itu akan berterusan sehingga 2023 kerana usaha menghasilkan bekalan serta membina kemudahan baharu akan memakan masa yang lama.

“Malah, lebih banyak masa diperlukan bagi mewujudkan kapasiti terbabit serta memberi tindak balas terhadap usaha menangani (pandemik),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Gelsinger berkata Intel Corp dijangka mengumumkan mengenai perkembangan membabitkan kemudahan seterusnya di Amerika Syarikat dan Eropah pada awal tahun depan.

Menurutnya, usaha pengembangan di Malaysia merupakan langkah penting dalam strategi menyeluruh syarikat bagi meningkatkan peluang kapasitinya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Atas Muhyiddin Kerana Mahu Jatuhkan Kredibiliti BERSATU – Azmin 

3

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Ekonomi 11 bulan yang lalu

Pembaharuan Dasar Terus Dipertingkat Pada Separuh Kedua Tahun Ini - Rafizi

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 7 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini