web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grab Disenarai Di Nasdaq Esok

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 1:55PM

Grab bakal disenarai di bursa Nasdaq, New York, esok. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan e-hailing gergasi, Grab bakal disenarai di bursa Nasdaq di New York, Amerika Syarikat, esok.

Penyenaraian syarikat berpangkalan di Singapura itu bakal dijalankan menerusi penstriman langsung pada jam 8.45 pagi waktu tempatan.

Pelan penyenaraian tersebut dicapai sebaik menerima sokongan daripada pemegang saham berhubung tindakan gabungan Grab bersama Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC) iaitu Altimeter Growth.

Berdasarkan fasa memfailkan penyata pendaftaran kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS, kedua-dua pihak mengisytiharkan bahawa penyata pendaftaran Grab adalah terjamin, sekali gus membuka jalan bagi perjanjian tersebut.

Difahamkan, penyenaraian syarikat perkhidmatan itu dalam senarai AS disasarkan pada Julai lalu, namun terpaksa ditangguhkan bagi meneliti semula kedudukan kewangan mereka.

Penyenaraian berkenaan akan membuka peluang kepada pelabur AS meneroka pelaburan di rantau Asia Tenggara yang kurang diwakili dalam pasaran saham global.

Penyenaraian ini juga menjadi penanda aras kepada syarikat berstatus pemula di rantau ASEAN yang turut berhasrat melaksanakan penyenaraian di AS dalam masa terdekat.

Grab kini beroperasi di 400 bandar raya di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan operasi penghantaran makanan, e-hailing dan pembayaran. – Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori