Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Untung Bersih Hong Leong Financial Meningkat Kepada RM640.56 Juta

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd pada suku pertama berakhir 30 September 2021 meningkat kepada RM640.56 juta daripada RM587.03 juta dicatatkan pada suku tahun sama pada tahun lepas.

Perolehan melonjak kepada RM1.56 bilion daripada RM1.50 bilion sebelum ini, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Kong Khoon berkata kumpulan terus mencatatkan prestasi yang baik dalam perniagaan operasinya walaupun menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar  berikutan peningkatan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan semula sekatan pergerakan. 

“Kami menjangka ekonomi Malaysia akan pulih secara progresif yang disokong oleh pembukaan semula aktiviti ekonomi, kadar vaksinasi yang tinggi dan pendirian dasar yang akomodatif dalam persekitaran tekanan inflasi yang meningkat daripada isu rantaian bekalan global dan harga komoditi yang tinggi.

“Kami akan terus berhemat dalam menguruskan risiko perniagaan utama kami dan berhati-hati terhadap  risiko sebarang peningkatan semula kes COVID-19.

“Kami menjangka kumpulan akan terus berdaya tahan dan menggunakan kekuatannya dari segi mudah tunai, modal dan disiplin kredit selain mengekalkan fokus yang tinggi terhadap pengurusan risiko,” katanya.

Tan berkata kumpulan memberi tumpuan yang tinggi dalam menguruskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta isu-isu yang berkaitan di bawah pendekatan seluruh kumpulan.

“Kami akan terus memastikan syarikat operasi kami mengukuhkan amalan perniagaan mereka yang mampan dan menyepadukan prinsip ESG dalam amalan pinjaman, rangka kerja pelaburan dan perkhidmatan kewangan mereka,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah