web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian Pemborong Tunggal 5G DNB Akan Tingkatkan KDNK Kepada 5 Peratus Pada 2030

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 5:05PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) telah menerbitkan satu laporan oleh Ernst & Young Consulting Services Sdn Bhd (EY) mengenai potensi impak masa depan ekonomi Malaysia melalui pelaksanaan Rangkaian Pemborong Tunggal 5G (SWN) dan penggunaan aplikasi 5G yang berikutnya (atau kes penggunaan).

Dalam kenyataan hari ini, DNB berkata laporan bertajuk ‘Menganggar impak ekonomi Rangkaian Pemborong Tunggal 5G di Malaysia’ (Estimating the economic impact of the Single Wholesale 5G Network in Malaysia) telah diterbitkan bersempena mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Model ekonomi pertama EY menunjukkan bahawa pada 2030, penggunaan teknologi 5G akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.0 peratus atau RM122 bilion.

“Selain itu, 5G akan turut menyokong kewujudan 148,000 pekerjaan merentasi ekonomi dan akan menyumbang peningkatan dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi,” menurut DNB yang ditugaskan oleh Kementerian Kewangan sebagai pihak neutral tunggal bagi melaksanakan penggunaan rangkaian dan infrastruktur 5G yang dipercepatkan di seluruh negara.

Laporan itu turut menyatakan peningkatan KDNK dan penciptaan pekerjaan dijangka bermula menerusi pelaksanaan SWN pada 2021, semakin meningkat sehingga 2030, dan berterusan menjangkaui 2030.

“Unjuran peningkatan KDNK akan dipacu oleh peningkatan kecekapan dan penambahbaikan produktiviti daripada transformasi digital yang dibolehkan dengan kes penggunaan 5G.

“Pengembangan industri digital dan penglibatan syarikat baharu di pasaran akan meningkatkan KDNK,” katanya.

Model ekonomi kedua EY menunjukkan pelaburan langsung DNB dalam rangkaian 5G boleh menjana sumbangan KDNK tambahan sebanyak RM20.9 bilion.

Daripada jumlah itu, dianggarkan RM7.9 bilion (atau 38 peratus) yang berkaitan KDNK dijana secara langsung oleh DNB melalui perbelanjaannya dalam kos operasi dan korporat, dengan RM13 bilion diperolehi melalui rangkaian bekalan dan ekonomi yang lebih luas.

“Ketika kemuncak penggunaan rangkaian itu pada 2022, pelaburan DNB mampu menyokong lebih 14,800 pekerjaan merentasi ekonomi melalui peningkatan permintaan dalam rangkaian penawaran sektor berkenaan.

“Rangkaian Pemborong Tunggal 5G baharu yang dibangunkan oleh DNB akan menggunakan teknologi 5G yang terkini, menawarkan manfaat dari segi kepantasan, kualiti, kebolehpercayaan dan kemampuan berbanding generasi pertama rangkaian 5G di seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

DNB berkata rangkaian itu dijangka mencapai liputan di kawasan berpenduduk sebanyak 40 peratus pada 2022, 70 peratus pada 2023, dan 80 peratus pada 2024.

“Oleh itu, impak keseluruhan terhadap ekonomi akan dijana oleh pelaburan swasta memandangkan kos penggunaan rangkaian 5G akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta melalui DNB, tanpa peruntukan kerajaan, pendanaan atau jaminan,” katanya.

Laporan itu turut mengambil kira manfaat sosioekonomi dan alam sekitar yang boleh direalisasikan melalui SWN yang dibangunkan oleh DNB bagi perkhidmatan 5G.

Ia turut menegaskan bahawa SWN akan membantu merapatkan jurang digital dan menyediakan kesalinghubungan dengan memberikan akses kepada rakyat melalui sambungan jalur lebar yang berkualiti tinggi terutamanya di kawasan luar bandar.

“Membawakan kesalinghubungan kepada kawasan luar bandar akan meningkatkan keterangkuman, menawarkan lebih banyak peluang dalam pendidikan, pembangunan kemahiran dan pekerjaan, serta menambah baik akses terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan utama.

“Ini akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di luar bandar dan menyediakan lebih banyak peluang kepada perniagaan di luar bandar agar semakin maju dengan mengakses pasaran dalam talian,” kata DNB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori