web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia Keluarkan Arahan Kepada Serba Dinamik

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 7:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia Securities) telah mengeluarkan arahan kepada Serba Dinamik Holdings Bhd berhubung status laporan Kajian Semula Khas Bebas (SIR) syarikat tersebut.

Bursa Malaysia Securities dalam satu kenyataan berkata arahan yang dikeluarkan hari ini adalah untuk Serba Dinamik membuat pengumuman mengenai penemuan daripada Kemaskini Penemuan Fakta pada 26 Oktober, 2021 dan membuat pengumuman mengenai arahan Bursa Securities itu dengan segera.

“Bursa Malaysia Securities mengambil maklum bahawa penemuan daripada Kemaskini Penemuan Fakta pada 30 September, 2021 mengenai SIR telah disampaikan kepada tiga daripada empat pengarah bebas bukan eksekutif pada 21 Oktober, 2021.

“Sehubungan itu, Bursa Malaysia Securities mendapati setakat ini, Serba Dinamik masih belum mengumumkan penemuan daripada Kemaskini Penemuan Fakta menurut Perenggan 9.03 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia Securities Bhd,” katanya.

Bursa Malaysia Securities berkata arahan itu juga memerlukan penangguhan dagangan sekuriti Serba Dinamik pada sesi dagangan berikutnya selepas tarikh akhir arahan tersebut sekiranya tidak mematuhi arahan berkenaan.

Penangguhan itu akan kekal sehingga pengumuman dibuat Serba Dinamik mengikut arahan dan Perenggan 9.35A daripada MMLR mengenai penemuan daripada Kemaskini Penemuan Fakta.

“Arahan dikeluarkan ini adalah untuk memastikan maklumat penting dikeluarkan tepat pada waktunya dan bagi memberi penjelasan kepada pasaran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Tak Pernah Arah Ambil Tindakan Terhadap Sesiapa - Anwar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Pengasas Kumpulan Rock Queen Dianugerah Gelaran Kesatria Oleh Raja Charles III

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori