web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6,731 Permohonan Bernilai RM1.259 bilion Diluluskan Di Bawah Skim Pembiayaan PENJANA - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 3:55PM

Tengku Zafrul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan 6,731 permohonan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.259 bilion di bawah skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 12 Feb, 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Skim Pembiayaan PKS PENJANA dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion itu mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

Beliau berkata bagi sektor Pelancongan PENJANA, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi PKS dan PKS Mikro yang masih terkesan dengan COVID-19.

“Terdapat 579 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 282 permohonan telah diluluskan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM57.1 juta,” kata Tengku Zafrul semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-42, hari ini.

Manakala bagi pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional, sebanyak RM363.4 juta telah disalurkan bagi memanfaatkan 10,774 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Bagi Pembiayaan Usahawan Bumiputera yang telah diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dengan dana RM200 juta, sebanyak 572 PKS telah menerima dana bernilai RM161.7 juta setakat 12 Feb, 2021 , berbanding 548 PKS yang telah menerima dana berjumlah RM153.0 juta pada minggu sebelumnya.

“Menyentuh tentang Matlamat Memperkasakan Rakyat, program Subsidi Upah Fasa Pertama (PSU 1.0) masih berjalan dan program ini telah mencapai nilai penyaluran RM12.763 bilion untuk 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja yang didaftarkan.

“Manakala bagi PSU2.0, sejumlah RM770.31 juta telah disalurkan kepada 65,398 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 534,183 pekerja,” katanya.

Tengku Zafrul berkata seperti yang dinyatakan semasa Belanjawan 2021, PSU bersasar juga diperkenalkan bagi membantu sektor pelancongan dan peruncitan, manakala kesemua sektor yang terkesan oleh pelaksanaan PKP tahun ini adalah layak untuk menerima sokongan PSU 3.0 di bawah Pakej Bantuan PERMAI. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori