web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Negara Dijangka Pulih Bermula Pertengahan Tahun - Pakar

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 2:46PM

Vaksin Pfizer-BioNTech dipunggah keluar dari pesawat MH604. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara dijangka menunjukkan perkembangan positif menjelang pertengahan tahun ini sejajar dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada Rabu depan.

Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata para pakar ekonomi meramalkan Malaysia berupaya memulihkan ekonomi bermula suku ketiga tahun ini, bergantung kepada kelancaran pelaksanaan program vaksinasi berkenaan.

Datuk Dr Madeline Berma
Datuk Dr Madeline Berma

"Ini juga sejajar dengan ramalan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi yang menjangkakan ekonomi negara akan pulih sekitar 4.5 hingga lima peratus," katanya menerusi program liputan khas ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia di Bernama TV pada Ahad.

Madeline berkata sektor perkhidmatan merupakan antara sektor yang perlu diutamakan dalam pemberian vaksin melalui pelaksanaan program vaksinasi yang dijadual bermula pada Rabu.

"Keutamaan perlu diberikan kepada penerima vaksin dari kalangan sektor perkhidmatan dan perkilangan untuk meningkatkan kadar pengeluaran," tambahnya.

Madeline berharap dengan pelaksanaan program imunisasi di peringkat kebangsaan, sektor pelancongan dan eksport negara turut dapat digerakkan semula bagi membuka lebih peluang ekonomi kepada pemain industri.

"Sektor pelancongan dan eksport negara adalah sektor yang banyak terkesan disebabkan penutupan sempadan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Dalam pada itu, Madeline berkata kehadiran pelaburan syarikat farmaseutikal antarabangsa ke Malaysia dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin COVID-19 dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.

Beliau berkata potensi kerjasama penyelidikan dan penghasilan vaksin dalam negara akan membuka peluang kepada pengambilan pekerja dari kalangan graduan berkemahiran tinggi.

"Kita harap kehadiran syarikat farmaseutikal dengan peluang pekerjaan akan memacu ekonomi negara dan memberi keyakinan terhadap pelabur asing dan tempatan bahawa ekonomi negara sedang berkembang dan kembali rancak dengan kitaran yang baik.

"Ini satu perkembangan baik dalam usaha menuju ke arah negara berteknologi tinggi sejajar dengan pelancaran Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori