web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KXP Sukar Catat Keuntungan - MAHB

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:44PM

Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menjangkakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), yang dijadualkan siap dibina pada tahun 2026, sukar untuk mencatat keuntungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, ia disumbangkan beberapa faktor termasuk kekurangan kadar penumpang pesawat yang diperlukan KXP untuk menjana untung.

Menurut beliau, ramalan itu adalah berdasarkan perbandingan antara KXP dengan prestasi Lapangan Terbang Pulau Pinang (PEN) di Bayan Lepas yang telah beroperasi sejak tahun 1935.

“Sekarang, kami sedang berusaha untuk menambah kadar kapasiti penumpang tahunan (mppa) 6.5 juta (di PEN) dan setelah semua kerja pengembangannya selesai, ia akan meningkat sebanyak 80 peratus.

“Namun dengan belanja sebanyak RM1.2 billion serta trafik penumpang sedia ada pun kami masih sukar untuk membuat pulangan yang menguntungkan,” katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Shukrie berkata, ramai pihak tidak menyedari bahawa kos operasi lapangan terbang akan menelan margin keuntungan jika tidak berhati-hati.

“Di Malaysia penumpang luar negara sahaja yang boleh memberi keuntungan kepada lapangan terbang kerana caj khidmat penumpang (PSC) yang dikenakan adalah RM73 untuk setiap penumpang.

“Manakala kadar PSC bagi setiap penumpang domestik pula adalah RM11. Kos untuk mengendalikan lapangan terbang pula adalah antara RM18-25 bagi setiap penumpang.

“Jadi kalau hanya ingin mengharapkan trafik penumpang domestik semata-mata, apa yang boleh saya katakan adalah, selamat maju jaya,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, KXP akan memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau, termasuk sebagai industri halal dan e-dagang di ASEAN, yang melibatkan produk farmasi serta barangan kargo.

Bagaimanapun, Shukrie berkata adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi mana-mana lapangan terbang untuk memberi fokus kepada penerbangan pesawat kargo semata-mata.

“Anda perlu ingat, dalam perniagaan membabitkan barangan kargo, sebanyak 60-70 peratus barangan terbabit diterbangkan oleh pesawat komersial, bukannya pesawat kargo semata-mata,” tegasnya. – Getaran, 27 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori