Berita Terkini

39 minit yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 39 minit yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 40 minit yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 40 minit yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 40 minit yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Sime Darby Property Kembali Catat Keuntungan Pada Suku Kedua

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 4:16PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sime Darby Property Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM19.90 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 daripada kerugian RM92.99 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2020.

Perolehan pula meningkat kepada RM502.82 juta daripada RM288.22 juta bagi tempoh yang sama, dipacu terutama oleh segmen pembangunan hartanah yang merekodkan jualan kukuh bagi produk perindustrian dan kediaman.

Dalam kenyataan pada Bursa Malaysia pada Khamis, pemaju hartanah itu menjelaskan jualan produk kediaman meningkat ketara pada tempoh yang dinilai berbanding pada tahun sebelumnya, didorong usaha pemasaran dalam talian yang giat dengan disokong Kempen Pemilikan Rumah oleh kerajaan.

“Prestasi ini dirangsang khususnya oleh jualan lebih tinggi dan aktiviti pembangunan yang lebih rancak di projek City of Elmina, Elmina Business Park, Serenia City, Bukit Jelutong, Bandar Ainsdale, Nilai Impian, The Glades dan Senada, selain peningkatan jualan stok siap di KL East dan Serini,” menurutnya.

Bagi segmen pengurusan aset dan pelaburan, Sime Darby Property menjelaskan segmen tersebut mencatatkan kerugian yang rendah iaitu RM0.6 juta disebabkan jualan dan aktiviti pemasaran yang perlahan, berbanding dengan kerugian RM2.6 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Sementara itu, perolehan daripada segmen rekreasi susut sebanyak 11.6 peratus, terutama berikutan sumbangan berkurangan daripada aktiviti golf, acara dan majlis susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir suku kedua.

Mengenai prospek, syarikat itu kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan bernilai RM2.4 bilion yang ditetapkan bagi tahun kewangan 2021, disokong oleh jualan kukuh 2021 setakat ini yang merekodkan RM1.3 bilion di samping pelancaran yang dirancang dengan nilai pembangunan kasar RM2.1 bilion pada separuh pertama.

“Syarikat akan mempercepat usaha pempelbagaian pendapatan dengan menceburi segmen pembangunan perindustrian dan logistik, melancarkan produk di lokasi strategik pada titik harga yang paling sesuai, memanfaatkan nilai menerusi pengurusan dan penjanaan keuntungan daripada simpanan tanah yang aktif serta langkah pengurusan kos secara berhemat,” jelasnya.

Sime Darby Property menambah, semua usaha itu akan mempertingkatkan daya tahannya melalui operasi dan kedudukan kewangan yang diperkukuh sekali gus menyediakan landasan untuknya memanfaatkan peluang apabila pasaran pulih. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kenaikan Kos Boleh Jejas Daya Maju Projek Pembangunan - Presiden REHDA

2

TARA 3 bulan yang lalu

Ninja Van Malaysia Memperkukuh Automasi Hab Sempena Ulang Tahun Ke-8

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Potongan Cukai Taksiran 30 Peratus Untuk Kediaman Bawah RM300,000

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Petunjuk Baharu Kehilangan Zalina, Rumah Diperiksa 3 Kali - Polis

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Kekayaan 50 Individu Terkaya Malaysia Dalam Senarai Forbes Meningkat Kepada AS$81.6 Bilion

Ekonomi 1 hari yang lalu

Nilai Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Urus Niaga

Ekonomi 1 hari yang lalu

CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian Terbesar 4G