Berita Terkini

19 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 20 minit yang lalu: Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak 20 minit yang lalu: Agong, Permaisuri berkenan serah rumah asnaf MAIWP di Labuan 20 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 20 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Ninja Van Malaysia Memperkukuh Automasi Hab Sempena Ulang Tahun Ke-8

Organisasi logistik ini sedang mempercepatkan automasi dengan pembinaan hub terbesarnya di Shah Alam dan menaik taraf beberapa operasi dan produk baharu seperti Ninja Biz dan Logistics+.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 7:13PM

Adzim Halim (kanan) - Gambar dari Ariff Communications

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat logistik berdaya teknologi, Ninja Van Malaysia sedang mempercepatkan automasi dan menaik taraf beberapa operasi lain sempena kempen ulang tahunnya yang ke-8.

Ia selaras dengan komitmen  organisasi ini dalam menyediakan proses penghantaran barangan yang serba mudah untuk para pengirim dan pembeli di Malaysia.

Pada Januari 2022, Ninja Van Malaysia juga mengumumkan pelancaran habnya seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam. Menjadikan lokasi ini sebagai hab terbesar mereka setakat ini. 

Proses penyusunan bungkusan kini ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam. - Gambar Ariff Communications
Proses penyusunan bungkusan kini ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam. - Gambar Ariff Communications

Dengan sistem automasi bersepadu yang terbaru, proses penyusunan bungkusan kini ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam. 

Sistem ini juga menyediakan data bungkusan masa nyata yang tepat, meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan. Hasilnya, keupayaan pemprosesan bungkusan harian dijangka akan meningkat hampir 35 peratus.

Sejak tahun 2015, Ninja Van Malaysia merupakan salah satu pembekal logistik yang paling dipercayai di Malaysia dan merekodkan perkhidmatan penghantaran barangan kepada lebih 15 juta penerima bungkusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Ditambah lagi dengan liputan 100 peratus di seluruh negara dan hampir 5,700 lokasi Pick Up & Drop Off (PUDO) untuk menjamin pengalaman penghantaran yang lebih cepat dan lancar.

Gambar Ariff Communications
Gambar Ariff Communications

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Adzim Halim, pembinaan hub ini adalah bagi meningkatkan tumpuan terhadap kecekapan perkhidmatan yang lebih besar dan efektif.

“Sejak beberapa tahun yang lepas, kami melihat bahawa e-dagang merupakan trend makro yang akan kekal.

“Oleh itu, kami akan terus memberi tumpuan ke arah memacu kecekapan operasi yang lebih besar dan membina infrastruktur untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam sektor logistik buat pelanggan kami. 

''Dengan mengautomasikan cara bungkusan-bungkusan diproses, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan selamat untuk pengirim dan pembeli yang maju bersama kami sejak lapan tahun lalu,” katanya 

Disamping itu, salah satu produk terbaru turut dicipta iaitu Ninja Biz, sebuah aplikasi yang direka khusus untuk membolehkan pengirim mengakses akaun dan penghantaran mereka pada bila-bila masa. 

Gambar Ariff Communications
Gambar Ariff Communications

Tidak ketinggalan, Ninja Van Malaysia turut memperkenalkan Logistics+ iaitu satu rangkaian penyelesaian pengurusan rantaian bekalan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara. 

Ia membantu PKS menavigasi rangkaian pembekal perkhidmatan dan penyedia perkhidmatan kewangan yang kompleks dan sentiasa berubah.

Kira-kira 30,000 PKS di Asia Tenggara kini mendapat manfaat daripada Logistics+

Oleh itu, Ninja Van Malaysia telah memperlihatkan keperkasaannya dalam industri logistic dengan memperkuatkan lagi perkhidmatan mereka. Jadi ini satu pencapaian yang membanggakan dalam memajukan lagi ekonomi negara. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dia atas boleh layari laman sesawang Ninja Van Malaysia. - Getaran, 26 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Sime Darby Property Kembali Catat Keuntungan Pada Suku Kedua

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

TARA 4 jam yang lalu

KL Bike Show 2023 Bakal Himpunkan Peminat Dan Penunggang Motosikal Serantau

oleh Izwan Ramlan

TARA 54 minit yang lalu

Minum Cukup Air Untuk Kekal Hidrat di Bulan Ramadan

Air kosong mampu mengatasi rasa haus ketika berpuasa jika anda mengetahui aturan minum air putih yang betul setelah berbuka puasa.

oleh Rahayu MN

TARA 2 jam yang lalu

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

Cuba untuk bangkit daripada kesilapan lalu, Ismail Izzani percaya dia mampu bangkit untuk berjuang semula di dalam bidang nyanyian dan dia juga akui muzik menja...

oleh Rubini Nagarajah