web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu Puisi ‘Alif’ Inspirasi Dari Hamka, Al-Quran

Lagu puisi terbaharu Siso Koptratasa ini diinspirasikan daripada tafsiran ayat satu hingga lima surah al- Baqarah.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kopratasa acap kali mendendangkan lagu-lagu bertemakan puisi popular tanah air. Kini salah seorang penyanyinya, Siso, kembali dengan lagu puisi terbaharu berjudul 'Alif' yang diilhamkan daripada kitab tafsir Al-Azhar tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka. 

Lagu 'Alif' dimulakan dengan 10 baris puisi yang penuh inti dan makna. Memaparkan ketinggian seni budaya yang diinspirasikan daripada tafsiran ayat satu hingga lima surah al- Baqarah.

Pada awalnya, lagu ini diberi judul 'Khalifah Insani'. Namun, diubah sebaik sahaja penulis liriknya, Alim Gutrah melihat perkataan Alif di ruangan tengah perkataan 'khalifah'.

“Ibarat Alif yang satu, tegaknya berdiri tidak sesekali condong ke kanan atau kiri. Sifat yang wajib ada dalam diri seorang pemimpin berjiwa Melayu dan Islam. Jangan sesekali rebah dengan tiga ta iaitu takhta, harta dan wanita,” kata Alim.

Mengulas lanjut kenapa memilih Siso Kopratasa menyanyikan lagu ini, Alim merasakan ia pilihan yang tepat memandangkan Siso mempunyai jiwa seorang penyanyi dan pemuzik yang boleh menghayati karya ini dengan baik. 

Menurutnya lagi, Siso tidak keberatan menerima pelawaan itu dan memberikan nafas melodi yang segar terhadap karya ini memandangkan sudah lama beliau tidak mempunyai lagu solo.

Muzik video lagu 'Alif' sudah dimuat naik di YouTube minggu lalu. Ada banyak falsafah yang dimuatkan dalam video tersebut. Misalnya sang guru dan anak murid sedang mengaji menunjukkan al-Quran yang seharusnya dijunjung tinggi dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. 

Turut kelihatan dalam video ini adalah penampilan khas Azmie Zanal Abdeen yang merupakan bekas pelajar seni tarian ASWARA sebagai penari silat.

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini untuk jualan digital di platform streaming, YouTube dan iTunes.

Siso dan Alim berharap mesej lagu ini dapat difahami seterusnya menyentuh hati anak mudah masa kini. - Getaran, 19 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN