web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan 'Snowpiercer', 'Kapal Terakhir Di Dunia - Episod 1' Unik Tersendiri

Virus, kelangsungan hidup dan kasta adalah antara hal-hal yang dibicarakan dalam karya terbaru Teme Abdullah. Pengulas buku kami, Asrul Han mengulas 'Kapal Terakhir Di Dunia' minggu ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 3:02PM

Gambar: Asrul Han dan Instagram @imanpublication

oleh

Asrul Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratusan tahun ke hadapan, dunia gelap tanpa cahaya matahari. Penyebaran wabak yang dibawa virus telah melenyapkan sebilangan besar spesies manusia di muka bumi.

Saki-baki yang tinggal meneruskan hidup di dalam sebuah kapal besar yang melindungi mereka dari dunia luar yang penuh bahaya.

Inilah situasi di permulaan novel Kapal Terakhir Di Dunia - Episod 1 karya Teme Abdullah. Buku ini baru diterbitkan pada Mei 2021 dan kini telah mendapat 245 rating di laman web Goodreads.

Kapal yang memastikan kelangsungan spesies manusia ini dinamakan Bokor dan di dalamnya terdapat aras-aras yang membahagikan manusia mengikut identiti dan peranan masing-masing.

Sememangnya konsep ini seiras filem Snowpiercer arahan Bong Joon-ho pada tahun 2013 namun persamaan ini berhenti di situ. Dunia dystopia di dalam novel ini diperihalkan dengan teliti dan penuh imaginasi.

Tiada lompatan tidak logik yang keterlaluan dibuat penulis, hanya penceritaan yang menarik dan juga diselitkan dengan satira yang halus.

Watak utama novel ini adalah Aria, seorang pemburu ikan muda yang naif dan bersemangat. Seperti kebanyakan manusia di dalam Bokor, dia hidup dalam serba kekurangan dan juga terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil dan hampir lumpuh, Ana.

Dia hidup di aras bawah Bokor yang dipisahkan kepada tiga sektor. Setiap sektor dipenuhi manusia yang berpenyakit dengan tugas masing-masing dalam memastikan kelangsungan kapal.

Obsesi pada hierarki dan identiti kumpulan dipaparkan dengan jelas. Unsur satira tampak ketara dalam ritual kotor darah, di mana golongan pentadbir yang digelar manusia suci (kerana tidak berpenyakit) turun ke aras bawah untuk menyantuni manusia berpenyakit.

Imej kapal Bokor disembah sebagai objek sakral dan kelangsungan Bokor itu sendiri banyak digunakan oleh golongan atasan sebagai justifikasi kepada golongan aras bawah untuk mengorbankan sumber air, ubat dan makanan mereka.

Penulis bijak mengalun metafora yang terang-terang melambangkan realiti masyarakat Malaysia pada masa ini. Kemuncak Episod 1 mencabar Aria dan juga pembaca tentang fungsi dan nilai kesetiaan.

Mungkin jawapan muktamad tentang persoalan ini akan didedahkan dalam Episod 2, atau mungkin akan ada plot twist yang baru. Yang pasti, Kapal Terakhir Di Dunia - Episod 1 bukan sahaja satu novel sci-fi yang menghiburkan, tetapi ia juga sangat memprovokasi minda. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN