web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belajar Melakukan Tabiat Kecil Demi Masa Depan Lebih Baik Dengan 'Atomic Habits'

Minggu ini, ulasan buku menampilkan buku 'Atomic Habits' tulisan James Clear. Katanya, buku bantuan kendiri ini mudah dibaca dan mempunyai banyak tip yang mudah diikuti. Teruskan membaca untuk mengetahui apa lagi yang hebat tentang buku ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 11:31AM

oleh

Asrul Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda seorang yang kerap menangguh dalam bekerja ke arah mencapai matlamat anda, buku Atomic Habits oleh James Clear adalah buku yang sempurna untuk anda. Buku ini diterbitkan pada tahun 2018 dan pada Januari tahun ini, ia sudah mencapai jualan sebanyak tiga juta naskah. 

Buku bantuan kendiri yang terlaris ini mempunyai banyak tip yang mudah diikuti untuk membantu anda berjaya dalam mencapai matlamat hidup anda. Hampir semua bab dibelakangi kajian sains dan psikologi yang mutakhir dan ia juga menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas difahami. 

Premis utama buku ini adalah tabiat atau rutin harian akan menentukan perbezaan antara yang berjaya dengan yang gagal. Penulis menggunakan analogi tabiat yang baik adalah seperti faedah simpanan berganda (compound interest). 

Walaupun nilainya kecil pada mulanya, jika diulang setiap hari, hasilnya akan bertindan menjadi semakin besar pada masa depan. Antara contoh tabiat baik yang boleh diulang setiap hari adalah bersenam di waktu pagi, elakkan minuman manis dengan makan tengahari dan membaca buku sebelum tidur setiap malam. 

Tabiat-tabiat ini kenit seperti atom dan ternyata anda tidak akan merasakan faedahnya dengan jelas dalam jangka masa yang pendek seperti seminggu atau sebulan. Tetapi bila diulang setiap hari untuk masa yang lama, hasil yang ketara akan muncul. 

Untuk konsisten dalam mengulang tabiat anda, penulis memberikan empat faktor berikut untuk memastikan ianya berkesan: 

1. Jelas: contohnya, baca buku sebanyak 4 muka surat sebelum tidur setiap hari. 

2. Menarik: gabungkan rutin menggembirakan dengan tabiat anda seperti mendengar muzik sambil bersenam. 

3. Mudah: Pastikan tabiat anda tidak sukar, jangan teruja dengan target yang besar khususnya apabila baru bermula. 

4. Memuaskan: Akhiri tabiat anda dengan 'hadiah' kecil kepada diri sendiri, contohnya kongsi menu makanan sihat anda di media sosial. 

Menurut penulis, pemenang dan gagalis lazimnya akan berkongsi matlamat yang sama. Perbezaan antara mereka adalah dalam proses untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi, jangan terlalu fokus pada matlamat akhir. 

Fokus untuk makan makanan sihat setiap hari, bukan fokus pada berat badan yang ingin dicapai. Jika anda terlalu fokus pada matlamat akhir, anda akan jatuh semula selepas matlamat yang diimpikan telah dicapai. 

Kejayaan anda menjadi konsisten dengan tabiat baik bukan saja bergantung pada niat, disiplin dan kebolehan diri sendiri. Anda juga perlu melihat pada faktor luaran, seperi ruang fizikal di sekeliling dan juga rakan-rakan anda. 

Contohnya, jika anda mahu mengekalkan tabiat selalu membaca, letak buku berdekatan tempat duduk anda seharian dan sertai kumpulan pembaca buku di media sosial. Tabiat yang diatur hanya akan menjadi mudah apabila ia selari dengan identiti anda. 

Sebelum menetapkan matlamat dan tabiat kearah matlamat tersebut, jelaskan identiti anda terlebih dahulu. Jika anda ingin kerap bersenam, anggap diri anda sebagai seorang yang berbadan sihat. Ingat, identiti anda hanya akan kekal apabila anda konsisten mengulang tabiat yang ditetapkan. 

Seperti ayam dan telur - identiti mencipta tabiat dan kemudian tabiat mencipta identiti. Dengan pelbagai contoh sebenar dari atlet sukan dan ahli perniagaan yang berjaya, buku ini membuat hujah yang kukuh tentang kekuasaan tabiat kecil harian dalam menentukan masa depan anda. Memang betul kata peribahasa, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Berhentilah bertangguh-tangguh, capai buku Atomic Habits dan mula fokus untuk menambah baik diri anda sendiri. - Getaran, 29 Julai 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN