web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Geran Sastera Dan Penerbitan Buku Mycreative Telah Dibuka Untuk Permohonan

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:23PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) telah membuka semula Geran Sastera dan Penerbitan Buku untuk permohonan mulai semalam hingga 30 Ogos ini.

MyCreative dalam satu kenyataan hari ini berkata, geran berkenaan adalah inisiatif daripada Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merancakkan kembali kegiatan seni dan kreatif dalam kalangan penggiat industri sastera.

Ia berkata, setakat ini sebanyak RM3.8 juta jumlah bantuan diluluskan untuk industri sastera dan penerbitan buku menerusi geran itu yang dibuka pada tahun lepas.

“Sejak permohonan dibuka pada tahun lepas, sambutan untuk geran sastera GPIK sangat memberangsangkan dengan sebanyak 229 penerbitan disokong termasuk karya bukan fiksyen, novel grafik, puisi, biografi, kajian serta buku digital. Jumlah permohonan yang menggalakkan juga dijangkakan untuk pusingan kali ini,” menurut kenyataan itu.

 Ia berkata, geran itu boleh digunakan untuk kajian, penulisan, penerbitan, jualan dan promosi karya sastera tempatan, karya fiksyen dan bukan fiksyen, novel grafik, buku komik, puisi, biografi, kajian, laporan dan buku digital dan terbuka kepada warganegara Malaysia atau syarikat yang mempunyai majoriti pemilikan oleh warganegara Malaysia serta pengalaman selama sekurang-kurangnya enam bulan dalam bidang sastera dan penerbitan buku. 

“Dana ini meliputi bantuan kos untuk menerapkan aspek digital dan saluran jualan dalam talian kepada operasi syarikat, sokongan kos promosi jualan secara dalam talian, penghantaran bagi karya terbitan tempatan serta bantuan kos pengeluaran manuskrip pertama atau sebarang kos yang dinilaikan sebagai wajar,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi MyCreative,  Noor Azmi Mat Said berkata, geran itu diharap dapat terus menyokong dan menyemarakkan usaha penghasilan karya penggiat seni industri sastera dan penerbitan buku di waktu yang mencabar ini.

Permohonan GPIK Sastera ini boleh dibuat melalui http://sastera.penjana.mycreative.com.my/ dan maklumat lanjut berkaitan inisiatif ini boleh didapati di http://www.mycreative.com.my/penjana/creative-industry-development-funding-cidf. - Bernama

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN