web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bila Seni Jadi Senjata Rakyat Protes Di Alam Maya

Tapi kalau terlalu kerap berlaku protes yang sama, itu juga petanda bahaya. Rakyat tidak gembira.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 8:20PM

Gambar: Twitter

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya kibar benda hitam sebab saya tak gembira.”

Demikian antara ciapan yang berlegar di laman sosial ketika Kempen Kibar Hitam sohor kini tanda protes rakyat terhadap kekecewaan mereka kepada pemerintah. Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata pengguna memuat naik gambar mereka mengibarkan bendera yang dihasilkan daripada selendang, tudung, baju mahupun plastik sampah berwarna hitam dengan tanda pagar #Lawan hujung minggu yang lalu.

Tidak hanya itu, protes ini juga sebenarnya telah menunjukkan sisi kreativiti masing-masing kerana bukan hanya gambar bendera, tetapi poster dan juga ilustrasi dihasilkan untuk mewakili suara masing-masing.

Mesejnya pelbagai, tetapi temanya seragam dengan penggunaan warna hitam putih. Kadangkala ia tidak melibatkan banyak perkataan pun di dalam poster tersebut tetapi mesejnya hidup. Seperti bunga raya yang berwarna hitam menceritakan bagaimana pengkarya menzahirkan emosinya yang merasakan prinsip rukun negara hari ini seperti dicabuli.

Ada juga ilustrasi dan poster yang menunjukkan penderitaan rakyat. Misalnya rakyat dipotretkan seperti menangis dan marah. Ia sekali gus merapatkan semangat solidariti antara semua.

Bila difikir kembali, penggunaan seni dalam poster sudah lama digunakan sebagai satu mobiliti idea. Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jerman, Rusia, Itali dan Perancis menggunakan idea ini kerana ia jelas antara cara paling berkesan untuk membuat ramai orang cepat menangkap mesej yang ingin disampaikan.

Poster yang dihasilkan ini juga biasanya terdiri daripada tiga jenis iaitu pertama, yang menaikkan semangat patriotik. Jadi, gambar askar serta pahlawan mereka selalunya menjadi subjek utama poster ini.

Kedua, yang menguatkan semangat solidarity daripada masyarakat umum. Selalunya poster itu akan mengajak masyarakat untuk memberikan sumbangan. Manakala yang terakhir adalah poster yang mengutuk dan mengeji pihak musuh.

Jepun juga menggunakan teknik yang sama semasa ingin menakluk Tanah Melayu sekitar tahun 1944.

Waktu itu antara poster yang terkenal ialah ‘Nippon-Go’ bersaiz 48cmx71cm yang dihasilkan Y. Kurakane. Mesejnya supaya orang tempatan belajar menggunakan Bahasa Jepun.

Juga poster ‘Hiduplah Malai Baru’ yang dipakai untuk menggalakkan aktiviti transformasi pertanian, kebudayaan dan pendidikan.

Tujuannya sama cuma cara ia disebarkan berbeza. Kalau dulu poster ditampal pada tiang dan bangunan. Kini ia dikongsikan di laman media sosial masing-masing.

Pengguna yang lain akan lebih cepat membaca mesej yang ingin disampaikan atau lebih mudah terpengaruh sekiranya poster ini dilihat lebih kerap berlegar di media sosial mereka. Beginilah protes yang dijalankan di alam maya.

Jika berlaku lagi protes di alam maya, nampaknya kita akan boleh menyaksikan lebih banyak lagi sisi kreativiti masyarakat negara kita. Tapi kalau terlalu kerap berlaku protes yang sama, itu juga petanda bahaya. Rakyat tidak gembira. - Getaran, 8 Julai 2021

Sumber foto: South Africa Journal of Military Studies, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN