web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Anda Pencinta Seni Dan Cerita, Wajib Hadiri Festival Online Ini!

Festival ini membawa kita mengimbau semula bagaimana proses penceritaan ditukangi sehingga ia kekal segar merentas ruang dan masa.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 1:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak ingat bila agaknya kita semua berkumpul untuk sebuah acara seni. Pasti ramai yang rindukan berada di dalam suasana damai dan kreatif. Kini, StoryFest:International Storytelling Festival Singapore hadir mengundang kita bertemu di alam maya.

Ini adalah kali kelima festival ini diadakan. StoryFest seperti tahun sebelumnya hadir untuk mendorong penonton menghargai perkara kecil yang wujud di persekitaran kehidupan mereka melalui seni cerita.

Pada masa yang sama, ia memberi imaginasi baru kepada tukang cerita untuk masa hadapan. Acara ini yang mengangkat tema 'ReStory' bakal dijalankan secara maya selama tiga minggu bermula pada 20 Jun yang semestinya padat dengan sesi ceramah di Zoom, VOD dan YouTube menerusi saluran StoryFest.

Ia akan membawa kita mengimbau semula bagaimana proses penceritaan berlangsung merentas ruang dan masa. Pengunjung bagai diundang untuk melihat sendiri bagaimana kata-kata boleh mengubah alur penceritaan. Berikut adalah antara fokus penting festival ini.

 

Imaginasi untuk kanak-kanak

Melalui Awesome Adventure, program yang memberi fokus kepada kanak-kanak berumur 4-8 tahun, kanak-kanak akan didedahkan dengan kisah dongeng yang menampilkan manusia mahupun haiwan dalam karya. Mereka akan dibawa mengembara dengan cerita-cerita seperti The Africa Music yang berlatarkan hutan di Afrika.

 

Mengangkat suara wanita

Menerusi program in ReStory: Celebrating the Feminine in Folklore pula, mereka akan mengupas semula kisah klasik pontianak yang katanya datang dari seorang perempuan mengandung yang dibunuh. Anda juga kemudian dibawa menelusuri kisah seorang perempuan yang meminta Dewa Kematian menghidupkan semula suaminya yang tersayang.

 

Mendalami emosi melalui penceritaan

Anda juga berkesempatan untuk mempelajari emosi yang anda miliki dan memahami bagaimana ia  boleh membantu anda untuk meningkatkan kemahiran untuk mengingat menerusi program Mindfulness as a Tool for Effective Storytelling. Selain itu, anda boleh juga menyertai ceramah Pitching for Laughs, bagi mengetahui bagaimana ketawa boleh meningkatkan kemahiran komunikasi. 

Walaupun berdepan dengan lockdown, kehadiran festival seperti ini setidaknya boleh menyerikan dan mengisi hari-hari kita. Diharap apa yang dikongsikan sepanjang festival ini akan memberikan perspektif baru kepada penonton terhadap seni bercerita. Anda boleh melayari laman web https://storyfestsg.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN