web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengiktirafan UNESCO Penghargaan Tertinggi Kepada Pewaris Mek Mulung

Diletakkan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Yang Perlu Dilindungi, pengiktirafan UNESCO dianggap tepat pada masanya kerana teater tradisional adalah satu kesenian yang harus dibantu dan diangkat agar tidak melalui zaman kepupusan

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:22AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengiktirafan Mek Mulung di bawah Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Yang Perlu Dilindungi adalah penghargaan tertinggi kepada pewaris dan penggiat seni tradisional, sekali gus mengangkat serta memartabatkan teater tradisi warisan Kedah Tua itu.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Sabarina Masadi berkata, sejak sekian lama, pihaknya sentiasa berusaha untuk membangun, mempertahan, mengangkat serta memperkenal kesenian Mek Mulung.

"Kita semakin kehilangan tokoh dan penggiat Mek Mulung, jadi ini adalah masa yang amat sesuai apabila pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melihat teater tradisional ini sebagai satu kesenian yang harus dibantu dan diangkat agar tidak melalui zaman kepupusan," katanya kepada BERNAMA, semalam.

Pada Selasa lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengumumkan bahawa pengiktirafan itu dibuat pada Sesi Ke-18 Jawatankuasa Antara Kerajaan Bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) yang berlangsung di Kasane, Republik Botswana dari 4 hingga 9 Disember ini.

Sabarina juga berkata, antara usaha berterusan JKKN Kedah dalam 'menghidupkan' Mek Mulung adalah menjalin kerjasama rapat dengan pewaris dan penggiat teater tradisional itu dengan menghasilkan modul yang boleh dijadikan rujukan penggiat seni.

Beliau berkata, bengkel turut dianjurkan dengan kerjasama tokoh dan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Kedah (AKRAB) bagi melahirkan kumpulan perantis serta memberi peluang kepada mereka untuk membuat persembahan. 

"Selain itu, kita berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membawa Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa (gabungan JKKN Kedah, AKRAB dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus) menjelajah di seluruh Malaysia untuk menyemarakkan lagi teater tradisional ini.

"Baru-baru ini, AKRAB telah mendapat bantuan daripada MOTAC untuk melaksanakan Festival Merakyatkan Seni Budaya Mek Mulung@Wang Tepus ‘Warisan Akar Umbi'.

"Bantuan itu, selain daripada pelaksanaan program, juga terdapat peruntukan untuk membina bangsal di tapak asal di Kampung Wang Tepus dan pembuatan kostum," katanya. 

Sabarina berkata, pihaknya berharap dengan pengiktirafan itu, Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus akan meneruskan usaha serta lebih giat melatih anak-anak muda khususnya di Kampung Wang Tepus untuk mencari pelapis.

Beliau berkata, JKKN juga merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan dalam usaha menjadikan bangsal itu sebagai hab kesenian setempat dan antara lokasi pelancongan budaya di Kedah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Permata Seni Mek Mulung Kedah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN