web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku Fixi Anjur Peraduan #FixiNovoMalaysianNovelContest Kali Ke-4

Penganjuran peraduan itu membolehkan orang ramai menghasilkan karya dalam bahasa Inggeris.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ada antara anda yang sudah mengenali sebuah peraduan yang digelar #FixiNovoMalaysianNovelContest memandangkan ia sudah tahun tiga kali dianjurkan sebelum ini.

Buku Fixi sekali lagi mencari bakat dan karya baharu dalam bahasa Inggeris dan mengalu-alukan penyertaan orang ramai.

Menerusi perkongsian melalui aplikasi X, Buku Fixi berkongsikan syarat pertandingan berkenaan.

Panjang penulisan ditetapkan antara 50,000 hingga 70,000 perkataan untuk semua genre kecuali jenayah dan penulis digalakkan untuk menghasilkan karya berlatar belakangkan Malaysia.

Buku Fixi menetapkan untuk tidak membuka penyertaan bagi genre jenayah berikutan pemenang untuk tiga pertandingan terdahulu adalah novel dalam genre itu.

Peserta mestilah warganegara Malaysia atau bermastautin di negara ini tanpa mengira umur, jantina, kecenderungan politik, status sosioekonomi atau ketinggian.

Setiap penyertaan perlu disertakan dengan ulasan mana-mana daripada 15 buku Fixi Novo yang masih dalam cetakan.

Ia boleh dihantar dalam bentuk lampiran Word atau pautan ulasan Goodreads anda sendiri, sekurang-kurangnya 200 patah perkataan, dengan menyatakan apa yang anda gemari atau tidak suka dengan buku berkenaan.

Ulasan berkenaan perlu dihantar bersama-sama manuskrip lengkap novel anda dalam bentuk Microsoft Word serta sinopsis satu halaman ke emel [email protected] sebelum 30 April 2024.

Anda juga bebas menggunakan apa jenis font atau jarak penulisan untuk karya anda.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah RM1,500 dan royalti standard iaitu 10 peratus daripada harga jualan untuk setiap buku terjual selepas diterbitkan.

Buku Fixi juga akan mengemaskini senarai penyertaan dalam talian dengan hanya memaparkan tajuk novel tanpa nama atau identiti penulisnya.

Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 dan Buku Fixi bercadang menerbitkan novel tersebut menjelang Disember 2024.

Hak cipta novel tetap milik setiap penulis biarpun ia sudah melalui proses suntingan dan bacaan pruf yang dilakukan dengan perbincangan bersama penulis.

Jadi, tunjukkan kemahiran serta bakat anda mengarang sebuah novel bahasa Inggeris. Mana tahu anda mungkin salah seorang yang dilahirkan untuk menjadi penulis novel.

Maka, jangan lepaskan peluang dan sertai peraduan #FixiNovoMalaysianNovelContest. – Getaran, 1 November 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN