web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keretapi Sarong 2023 Singgah Di Dataran Merdeka, Sampai Ke London

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 1:45PM

Pelancong tempatan dan luar negara boleh memeriahkan acara Keretapi Sarong 2023 esok di Dataran Merdeka dan beberapa stesen keretapi terpilih di ibu negara.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara Keretapi Sarong yang mengetengahkan 'flash mob' atau persembahan kilat berkumpulan, berkonsepkan etnik, kembali lagi dengan memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi rahsia.

Menjangkakan penyertaan lebih 10,000 orang, Keretapi Sarong 2023 (KS2023) diadakan sempena meraikan Hari Malaysia pada Sabtu ini, bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di beberapa stesen pengangkutan awam terutama stesen keretapi atau tren.

Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, pemilihan Dataran Merdeka untuk acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) LOCCO itu, berikutan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pelancong sekaligus boleh menarik penyertaan mereka.

"Pada 16 September, rakyat Malaysia bersama-sama pelancong luar negara yang terlibat secara tidak langsung akan memulakan perjalanan keretapi mereka dalam suasana ‘flash mob’ menikmati pandangan kota di sekitar Lembah Klang.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat yang paling ikonik dan bersejarah di negara ini iaitu Dataran Merdeka!

“Pemilihan lokasi dibuat berikutan luas kawasan yang boleh dihadiri lebih ramai pengunjung, sekaligus peserta juga dapat hadir ke Festival Permainan Malaysia, yang diadakan pada tarikh yang sama,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Shamsul Bahrin Zainuzzaman.
Shamsul Bahrin Zainuzzaman.

Shamsul berkata, pihaknya juga menjangkakan jumlah penyertaan yang lebih ramai kali ini.

"Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan keretapi yang berlepas dari stesen-stesen terpilih.

“Memandangkan kita menjangkakan jumlah orang yang hadir yang lebih ramai tahun ini, kita meramalkan 'flash mob' dengan pakaian sarong dan etnik juga akan lebih meriah,” katanya.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata, sebagaimana tahun ini, beliau berharap Rapid KL akan berpeluang untuk meneruskan kerjasama dengan LOCCO untuk acara Keretapi Sarong pada masa yang akan datang.

“Kami akan memberikan sokongan pada acara Sabtu ini dengan memastikan perjalanan yang lancar, selesa dan selamat buat peserta - peserta Keretapi Sarong 2023," katanya.

Dianggarkan kira-kira 10,000 peserta daripada organisasi budaya dan komuniti akan menyertai KS2023, yang turut membawa persembahan budaya, termasuk tarian tradisional, muzik, dan sesi penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang identiti negara yang berbilang budaya dan bangsa.

Selain di Dataran Merdeka, acara yang diadakan esok akan juga berlangsung di pelbagai bandar dan stesen yang terlibat termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.

Flash mob turut diadakan di London

Acara 'flash mob' akan menghimpunkan lebih daripada 20 kumpulan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award, KL Sketch Nation, Street Meet, UITM Shah Alam, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Lebih mengujakan, tahun ini acara 'flash mob' juga akan berlangsung serentak di bandar-bandar utama seperti Johor Baharu iaitu di sepanjang Sungai Segget; Ipoh (KTMB Ipoh); dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom iaitu Battersea Power Station sebagai destinasi akhir.

KS2023 turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain, mendapat sokongan daripada Rapid KL sebagai Rakan Kerjasama Utama penganjuran KS2023 juga ditaja bersama oleh Bulan Bintang; AirAsia; Kahf; Wardah; Emina; Mr D.I.Y; hotel dalam rangkaian Ormond, iaitu Momo's Kuala Lumpur dan The Chow Kit; GoCar; M&Ms; KLIA Transit; Kedey Kamek; Santa Grand Signature; dan Grand Classic, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Sarong, ikuti dan dapatkan lebih banyak maklumat dengan mengikuti kemas kini di media sosial https://www.facebook.com/locco.my  dan akaun Instagram dan Twitter, @locco.my. – Getaran, 15 September 2023

Foto : LOCCO

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN