web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kalam Semah' Artifak Kuno Simpan 1001 Rahsia Bukti Protosejarah Di Perlis

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 1:26PM

Artifak kalam semah yang dipamerkan di Muzium Koya Kayang, Perlis. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Penemuan kalam semah di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang merupakan artifak kuno yang menyimpan 1001 rahsia menjadi bukti fizikal kewujudan penempatan protosejarah di negeri Perlis sekitar abad kesembilan Masihi.

Pengarah Muzium Kota Kayang Siti Munirah Kasim berkata kalam semah merupakan kepingan lonjong atau bulat tanah liat yang telah dikeringkan atau dibakar dan dicap dengan imej-imej agama Buddha.

“Kepingan kalam semah ditemui di Perlis mengandungi mantera-mantera agama Buddha yang ditemukan oleh ahli arkeologi terkenal Dr Alastair Lamb pada 1962 dan kandungan mantera telah diterjemah oleh Pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Nasha Rodziadi Khaw.

“Istimewanya kalam semah itu merupakan satu-satunya kepingan yang masih dalam keadaan lengkap ditemui di negara ini berbanding kepingan kalam semah yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan di Gua Chawas, Kelantan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kepingan kalam semah ditemui di Perlis mengandungi mantera-mantera agama Buddha. - gambar BERNAMA
Kepingan kalam semah ditemui di Perlis mengandungi mantera-mantera agama Buddha. - gambar BERNAMA

Katanya kalam semah merupakan antara artifak terawal yang disimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 2000.

Menurut Nasha kalam semah yang ditemui di Perlis tidak ditemui di tapak lain di Malaysia, iaitu teks menggunakan aksara Nagari serta berbahasa Sanskrit mengandungi teks agama Buddha yang dikenali sebagai ‘Bodhigarbhālaṅkāralakṣa Dharani’.

Katanya teks tersebut berasal dari India yang turut ditemui di Pakistan, Afghanistan, Tibet (China) dan Pulau Jawa (Indonesia) mengandungi puji-pujian kepada Sang Buddha serta ‘Dewi Prajñāpāramitā’.

 “Fungsi dan kegunaan kalam semah kepada penganut Buddha pada zaman kuno sebagai persembahan bagi meningkatkan dharma mereka.

“Penganut akan meminta para bhiksu untuk menghasilkan kalam semah bagi pihak mereka dan menyimpannya di dalam stupa atau gua,” katanya.

Nasha berkata dalam konteks perkembangan Kedah Tua, penemuan itu membuktikan bahawa ia serentak dengan perkembangan Lembah Bujang, iaitu Perlis turut berfungsi sebagai satu daripada penempatan perdagangan dan persinggahan para penganut serta mubaligh agama Buddha.

Beliau berkata penemuan kalam semah juga menunjukkan bahawa Perlis memiliki sejarah yang amat panjang.

“Ketika Kedah Tua berkembang dengan pusat pelabuhannya berpusat di Lembah Bujang, masyarakat awal di Perlis turut memiliki hubungan dengan para pedagang asing pada ketika itu. Hal ini secara tidak langsung turut membuktikan kepentingan Perlis dari segi ekonomi dan lokasi geostrategik pada abad kesembilan Masihi,” katanya.

Kalam semah antara artifak terawal yang disimpan di Muzium Kota Kayang sejak pembukaannya pada 2000. - gambar BERNAMA
Kalam semah antara artifak terawal yang disimpan di Muzium Kota Kayang sejak pembukaannya pada 2000. - gambar BERNAMA

Sementara itu Exco Pelancongan negeri Wan Badariah Wan Saad berharap artifak kuno kalam semah mampu dijadikan sebagai satu daripada tarikan pengunjung ke Muzium Kota Kayang sempena TMP 2024-2025.

"Artifak yang dijumpai di Perlis ini mempunyai keunikannya sendiri kerana ia menyimpan sejarah awal negeri Perlis yang dipercayai menjadi penempatan zaman protosejarah," katanya.

Beliau berkata masih ramai peminat artifak kuno masih belum mengetahui kewujudan kepingan kalam semah yang tersimpan di Muzium Kota Kayang sejak ia mula dibuka pada 2000.

Muzium Kota Kayang antara tarikan diketengahkan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - gambar JMM
Muzium Kota Kayang antara tarikan diketengahkan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - gambar JMM

"Saya difahamkan bahawa kalam semah merupakan artifak kuno yang paling berharga dan berusia paling lama disimpan di sini," katanya.

Wan Badariah berharap lebih banyak lagi kajian dilakukan bagi merungkai rahsia khazanah kalam semah di alam Melayu. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN