web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gendang Pusing Gegarkan Sambutan Hari Kebangsaan

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 2:34PM

Seramai 400 pemain gendang pelbagai kaum bakal menggegarkan pentas persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Irama pukulan gendang daripada 400 pemain gendang pelbagai kaum bakal menggegarkan pentas persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Khamis depan. 

Lebih menarik dan pastinya memukau tumpuan pengunjung adalah 'kemunculan' empat gendang berpusing dikenali ‘Achun Spinning Drum’, yang akan digunakan buat julung kalinya pada sambutan kali ini. 

Direka cipta oleh Pensyarah Fakulti Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Shamsul Kamal Abd Rahman, gendang seberat tiga kilogram dan dibuat daripada bahan sintetik itu boleh digunakan pada bila-bila masa dan tahan lebih lama.

Bercakap kepada Bernama, Shamsul Kamal yang lebih dikenali sebagai Cikgu Achun berkata alat muzik ciptaan beliau itu pertama kali digunakan pada acara besar negara selepas mendapat cap dagangan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun ini.

Shamsul Kamal Abd Rahman - gambar BERNAMA
Shamsul Kamal Abd Rahman - gambar BERNAMA

“Saya cipta gendang ini pada 2015 selepas pulang dari festival muzik di Korea Selatan tidak lama dahulu. Saya baru patenkan dan kini berani untuk keluarkan guna buat persembahan," katanya yang merupakan guru pembimbing bagi kumpulan pergendangan untuk persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini. 

Berkongsi lanjut, Shamsul Kamal yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai kepakaran selama 30 tahun dalam bidang muzik terutama dram dan percussion berkata, idea menghasilkan gendang berpusing itu timbul memandangkan gendang yang ada dalam negara hanya statik. 

“Kalau gendang yang ada ketika ini, ia dibuat daripada kayu dan kulit haiwan, bila hujan akan ada masalah sebab tak boleh kena air hujan. Tapi gendang ini tiada masalah, kerana dibuat daripada bahan sintetik,” katanya menambah pemain gendang itu akan memberi maklum balas sekiranya alat muzik berkenaan perlu untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Mengenai persembahan pada Hari Kebangsaan nanti, Cikgu Achun berkata kumpulan pergendangan yang terdiri daripada 400 orang itu merupakan gabungan pemain gendang serta kompang dari Aswara dan UiTM, dimeriahkan lagi dengan kira-kira 762 penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan 600 pelajar sekolah.

Katanya, kumpulan terbabit akan mengiringi tiga lagu iaitu Malaysia MADANI, Jalur Gemilang dan Kurik Kundi yang pernah dipopularkan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

“Kami sudah berlatih selama dua minggu, saya janjikan persembahan terbaik daripada kumpulan ini dan tidak mahu kecewakan pengunjung yang hadir,” kata anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) JKKN Rosnan Nordin berkata latihan tarian selama tiga bulan telah melengkapkan diri setiap penari untuk menampilkan persembahan memukau di hadapan tetamu kehormat dan kira-kira 100,000 pengunjung yang dijangka hadir. 

kumpulan terdiri daripada 400 orang itu merupakan gabungan pemain gendang serta kompang dari Aswara dan UiTM - gambar BERNAMA
kumpulan terdiri daripada 400 orang itu merupakan gabungan pemain gendang serta kompang dari Aswara dan UiTM - gambar BERNAMA

“Penari-penari ini akan berada di atas pentas persembahan bersama kumpulan dram sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Beliau berkata lagu Kurik Kundi akan dinyanyikan secara berselang-seli oleh beberapa artis iaitu Nadeera Zaini yang mewakili masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Suki Low (kaum Cina), Roshini Balachandran (kaum India), Zizi Kirana (masyarakat Sabah) dan Hazraniza Dollah (masyarakat Sarawak) menandakan penyatuan rakyat.

Secara keseluruhannya, lebih 19,000 peserta terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’. 

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...