web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cendana, Studio Hong Yi Akan Pilih Empat Siswazah Kreatif Ikuti Program Perantisan

Program Perantisan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) menjalankan kerjasama bersama Studio Hong Yi yang dimiliki artis tempatan, Red Hong Yi.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 5:25PM

Gambar: Instagram @redhongyi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Empat rakyat Malaysia akan dipilih untuk mengikuti Program Perantisan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) yang dijalankan dengan kerjasama Studio Hong Yi  yang dimiliki artis tempatan, Red Hong Yi.

Cendana dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerjasama itu akan menyediakan program perantisan selama enam bulan untuk siswazah kreatif seperti artis baharu dan pekerja kebudayaan yang akan menerima latihan secara langsung dari Red Hong Yi dan pasukannya. 

“Program Perantisan Cendana dengan kerjasama Studio Hong Yi ini diharap dapat memilih empat rakyat Malaysia yang mempunyai semangat dan motivasi diri yang kuat serta beriltizam untuk membawa perspektif baharu melalui pemikiran idea-idea yang segar.”

“Calon-calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang sangat baik serta perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam menguruskan bebanan kerja yang pelbagai.

“Mereka juga perlu mampu menyumbangkan idea, menyelesaikan masalah dan menjadi sebahagian daripada barisan projek seni baharu yang menarik di bawah pengawasan Red Hong Yi,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cendana Izan Satrina Mohd Sallehuddin dalam kenyataan sama berkata program ini diharap dapat memberikan pengalaman, kelayakan dan pengetahuan kepada generasi pekerja kebudayaan yang akan datang, terutama ketika waktu-waktu yang mencabar ini.

"Kami bersyukur kerana di bawah peruntukan Belanjawan 2021, kami dapat melaksanakan program perantisan ini dan berharap dapat melaksanakan kerjasama serupa dengan institusi kebudayaan lain di dalam dan luar negara," katanya.

Permohonan program ini akan dibuka mulai 10 Mei hingga 6 Jun depan dan calon yang berjaya akan menyertai Studio Hong Yi pada 1 Julai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN