web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran 'Keris: Kuasa Dan Identiti' Di Muzium Kesenian Islam Malaysia Tampil Koleksi Diraja

Pameran selama tiga bulan itu juga akan diiringi dengan program pendidikan seperti bengkel mengukir kayu, perbincangan dan demonstrasi membuat keris.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 8:00AM

Antara koleksi keris-keris peribadi milik Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dipamerkan pada Pameran Keris Kuasa dan Jati Diri di Muzium Kesenian Islam Malaysia - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keris Alang yang digunakan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas penjenayah pada abad ke-19 menjadi antara tarikan di pameran ‘Keris: Kuasa dan Identiti’ yang bermula esok hingga 13 Mac 2023 di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Kurator MKIM Dr Heba Nayel Barakat berkata pameran selama tiga bulan itu juga akan diiringi dengan program pendidikan seperti bengkel mengukir kayu, perbincangan dan demonstrasi membuat keris.

“Kami sentiasa berbesar hati untuk mempamerkan sumbangan para cendekiawan Islam, pelukis dan tukang terbilang, selain mengetengahkan dan berkongsi keunikan seni serta kraf dunia Melayu dengan pengunjung tempatan mahupun luar negara.

“Tidak diragukan lagi keris dan cara pembuatannya adalah antara manifestasi budaya terpenting dalam dunia Melayu. Ia adalah belati yang melambangkan keunggulan, karya seni yang indah, diukir dengan penuh semangat dan rasa hormat,” katanya dalam ucapannya semasa pelancaran pameran itu, di sini hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pelancaran pameran tersebut, turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pameran tersebut merupakan kerjasama sulung antara Yayasan Raja Muda Selangor dan MKIM dalam usaha mengetengahkan keris sebagai lambang budaya dunia Melayu, selain mendokumentasikan dan memelihara warisannya.

Pada pameran itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan 94 keris termasuk 56 daripadanya adalah koleksi peribadi Sultan Sharafuddin.

Pameran itu mengandungi enam bahagian iaitu Dunia Melayu dan Sejarah Keris, Kesenian Keris, Warisan Bersama, Simbol Kedaulatan, Pengaruh Agama Islam dan Kesinambungan Legasi. 

Bayaran masuk RM14 dikenakan untuk dewasa, manakala RM7 bagi pengunjung bawah 18 tahun, pelajar institusi pengajian tinggi dan warga emas, sementara kanak-kanak bawah enam tahun percuma. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tidak Luntur Rasa Kemelayuan, Cair Keimanan Kalau Santuni Bangsa, Agama Lain - Zahid

3

Politik 3 tahun yang lalu

PAS Selangor Akur Titah Sultan Sharafuddin, Orang Melayu Perlu Sokong Penyatuan Ummah

4

TARA 3 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...