web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Selangor Akur Titah Sultan Sharafuddin, Orang Melayu Perlu Sokong Penyatuan Ummah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 6:03PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dibiarkan berterusan akibat perbezaan fahaman politik - Gambar Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS Selangor menjunjung titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyentuh isu penyatuan dan perpaduan ummah khusus dalam kalangan umat Melayu Islam di negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, baginda menzahirkan kebimbangan perpecahan akibat perbezaan pendirian politik boleh mengakibatkan orang Melayu terus lemah, hilang kuasa memerintah suatu hari nanti serta menjadi bangsa mundur dan terpinggir di tanah air sendiri.

“Kami turut berkongsi kebimbangan sama dan menyeru orang Melayu memberi sokongan ke atas usaha menyatupadukan ummah demi membina kekuatan politik dalam negara.

“Dengan cara ini kuasa memerintah akan kekal di tangan orang Melayu dan tidak jatuh ke pihak lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin ketika bertitah pada majlis perasmian Masjid Al-Ma’arufiah, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dibiarkan berterusan akibat perbezaan fahaman politik.

Titahnya, ia akan membuatkan umat Islam khususnya orang Melayu terus lemah di negara ini.

Baginda menyeru semua nazir dan imam Selangor supaya memandang serius berkenaan penyatuan ummah dan memastikan institusi itu memainkan peranan sebagai pusat perpaduan umat Islam melalui ibadah, dakwah, pengajian dan program kemasyarakatan.

Baginda turut mengingatkan program dijalankan tidak dipergunakan untuk kepentingan golongan tertentu.

Baginda juga menasihati rakyat Selangor agar sentiasa mengelakkan daripada sebarang sengketa dan permusuhan sesama sendiri.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Ahmad Yunus berkata, PAS Selangor turut memandang serius nasihat Sultan Sharafuddin agar rakyat tidak tersalah pilih calon bertanding.

“Justeru, PAS Selangor memberi komitmen akan membariskan calon yang berintegiriti, kompeten dan bebas rasuah sebagai pilihan terbaik buat rakyat Selangor.

“Demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati proses demokrasi, PAS Selangor berikrar akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Tuanku dan mengamalkan budaya politik yang matang serta sejahtera sepanjang tempoh kempen PRN,” katanya. – Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad