web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembekal Buluh 'Tumpang' Rezeki Sempena PRU-15

Batang buluh sering kali diguna pada PRU sebagai tiang bendera bagi mengibarkan bendera-bendera gabungan parti-parti yang bertanding.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 8:18AM

Tahun ini, pembekal buluh di seluruh negara mendapat manfaat dan 'tumpang' rezeki susulan permintaan yang tinggi sempena Pilihan Raya Umum ke-5 - Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggunaan buluh begitu sinonim apabila tiba musim perayaan, namun pada tahun ini pembekal buluh di seluruh negara mendapat manfaat dan  'tumpang' rezeki susulan permintaan yang tinggi sempena Pilihan Raya Umum ke-5 (PRU-15).

Batang buluh sering kali diguna pada PRU sebagai tiang bendera bagi mengibarkan bendera-bendera gabungan parti-parti yang bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PN) dan beberapa parti lain.

Penjual buluh terkenal, Ghazali Hassan, 60 yang membekal dan memborong pelbagai batang buluh di kawasan Padang Besar sejak lima tahun lepas, berkata sejak bahang PRU semakin terasa, beliau telah banyak menerima tempahan bukan sahaja dari penduduk setempat malah di sekitar lokasi berkenaan.

Gambar hiasan oleh Alif Omar
Gambar hiasan oleh Alif Omar

“Sempena PRU-15 ini, memang banyak permintaan diterima di sekitar Padang Besar malah di beberapa lokasi lain di Perlis ini. Banyak parti politik yang menempah tidak kira apa parti sekalipun.

“Sepanjang PRU-15 ini, sekitar ratusan batang buluh berjaya dijual, hinggakan bekalan milik saya pun sudah habis dan terpaksa minta bantuan daripada rakan-rakan lain yang memiliki pokok buluh untuk menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya kepada Bernama di Padang Besar hari ini.

Beliau yang juga seorang pesawah dan terkenal dengan panggilan ‘Encik Man’ ternyata bersyukur kerana bukan hanya dia yang menerima tempias rezeki PRU, malah rakan-rakannya turut berkongsi rezeki sampingan ketika tibanya PRU.

Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif
Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

“Penjualan batang buluh selalunya hanya dijadikan pendapatan sampingan sahaja kerana ia bermusim terutama pada Hari Raya, kenduri dan beberapa acara lain, namun dengan tibanya PRU, ia sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan penduduk kampung di sekitar ini.

Menjelas lanjut beliau berkata batang buluh dipilih berdasarkan ketebalan, ketahanan malahan harga juga berbeza mengikut jenis kerana harga yang dijual adalah antara RM2.00 hingga RM5.00 untuk sebatang pokok buluh.

“Bermula hari berkempen kira-kira RM5,000 kutipan berjaya dikumpul dan dibahagi kepada beberapa penduduk kampung yang menolong saya membekalkan batang buluh ini. Mereka pula akan memperoleh pendapatan tambahan mengikut jumlah bekalan yang diberikan,” katanya.

Gambar hiasan oleh Azim Rahman
Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Ghazali berkata pokok buluh jenis Buluh Madu dan Buluh Rusa sering digunakan sewaktu PRU ini kerana bentuknya yang menegak dan tidak membengkok sesuai dipasang bendera dan kain rentang calon.

“Panjang batang buluh pula berbeza mengikut saiz bendera yang akan dipasang kerana ada pembeli yang menempah 4.6 Meter (m), 3.4 m dan beberapa saiz lain” katanya menambah buluh sering digunakan sewaktu berkempen dalam pilihan raya kerana ia mudah dilupus dan musnah secara semula jadi berbanding paip PVC yang tidak mesra alam sekitar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Lebih 80 Peratus Pengguna Tingkat Pendapatan Di Asia Tenggara - TikTok

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu