web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 80 Peratus Pengguna Tingkat Pendapatan Di Asia Tenggara - TikTok

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:31AM

Shou Zi Chew ketika berucap di Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - TikTok, rangkaian sosial paling pesat berkembang, mendedahkan lebih 80 peratus pengguna dan pencipta di rantau Asia Tenggara (SEA) telah meningkatkan pendapatan mereka melalui platform tersebut menerusi pelbagai video pendek sepanjang tahun lalu.

Laporan Kesan TikTok bertajuk ‘Mempercepatkan Peniagaan, Pendidikan dan Komuniti Asia Tenggara’, memaklumkan bahawa pengguna rangkaian tersebut telah memperkasakan pendapatan masing-masing menerusi pelbagai kaedah seperti TikTok Live atau berkerjasama dengan pelbagai jenama dan perkongsian.

“Perniagaan kecil dan sederhana berjaya meningkatan pendapatan jualan produk hampir 50 peratus selepas mengggunakan TikTok melalui promosi produk dan tawaran perkhidmatan masing-masing.

“Pada masa yang sama, empat daripada lima perniagaan (79 peratus pengguna SEA) beralih daripada pemasaran luar talian kepada pemasaran dalam talian menggunakan platform ini,” menurut laporan yang dilancarkan semasa Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, dalam ucapan perasmian forum itu, berkata bahawa platform itu telah diguna pakai oleh lebih 325 juta pengguna dari rantau Asia Tenggara setiap bulan dan 15 juta perniagaan menggunakan platform itu.

Katanya, disebabkan impak tersebut, pemilik Tiktopk, ByteDance, akan melabur hampir US$12.2 juta (RM56.4 juta) untuk menyokong dan membantu usahawan TikTok serta menubuhkan komuniti.

“Pelaburan itu akan menyokong lebih 120,000 unit perniagaan kecil dan sederhana dan usahawan untuk tiga tahun akan datang dalam mengalihkan perniagaan mereka dalam talian dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata bahawa pelaburan itu juga bertujuan untuk membina dan menyokong komuniti, termasuk membangunkan Program Pembangunan Perusahaan Sosial Yayasan ASEAN.

TikTok, yang dilancarkan pada September 2016, menjadi nama popular semasa pandemik COVID-19.

Pada 2022, TikTok Shop berkembang ke enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad