web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah Kraf Bakar Semangat Untuk Terus Promosi Kebudayaan Malaysia Di India

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 2:44PM

Majlis anugerah itu diadakan sempena Minggu Kraf India dari 20 hingga 23 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Promosi kebudayaan Malaysia di India merangkul enam Anugerah Kraf Antarabangsa daripada 13 anugerah yang dipertandingkan, kata ketua pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli.

"Memenangi anugerah ini membantu kami dalam mempromosikan kraf Malaysia. Kami melihat banyak potensi di India untuk produk kami terutamanya batik Malaysia dalam segmen pasaran mewah," katanya ketika di temu bual Bernama di New Delhi pada Ahad.

Beliau berkata Kraftangan Malaysia mahu mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan India dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam sektor seni dan kraf sebagai sebahagian diplomasi kebudayaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara ini.

"Kami mahu mempamerkan kraf kami di luar negara dan India pasaran yang penting. India juga penting sebagai sumber bahan mentah," kata beliau.

Selain itu, Kraftangan Malaysia turut berminat mengkaji tempat-tempat yang terkenal dengan kraftangan di India dan mengundang artis India ke Malaysia untuk demonstrasi pembuatan kraf.

Antara entiti dan individu yang memenangi anugerah itu ialah Kraf Komuniti Ku Lahad Datu di Sabah, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd, MyCraftShoppe.Com dan Malaysian Handicraft Development Corporation (MHDC).

Ramtiniwaiti Ramlee menerima penghargaan sebagai tukang kraf kategori wanita bagi tenunan songket Sarawak dan usahawan batik Amir Harith Mat Kashim menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat  atas sumbangan kepada pembangunan mampan sektor kraf dan social inclusion.

Dilancarkan pada 2017, anugerah itu bertujuan memberi penghormatan kepada orang perseorangan, pertubuhan dan kerajaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan kraftangan.

Majlis anugerah itu diadakan sempena Minggu Kraf India dari 20 hingga 23 Oktober.

Jabatan Penjara Malaysia memenangi kategori pencapaian sepanjang hayat bagi sumbangan kepada pembangunan mampan sektor kraf dan social inclusion yang dihasilkan banduan.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad yang menerima anugerah itu menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas inisiatif mempromosikan kemahiran kraftangan dalam kalangan banduan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN