web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rosleen Mansor Tetap Pendirian, Tak Mahu Arahkan Moyang Salleh Di Negeri Sembilan 

Roslee mengundurkan diri daripada mengarahkan pementasan teater muzikal ini selepas mengetahui penerbit bergelut dengan masalah dana. 

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 8:05PM

Roslee Mansor - Gambar dari Facebook

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah teater muzikal Moyang Salleh, Roslee Mansor kekal dengan keputusannya untuk tidak mengarahkan pementasan teater muzikal berkenaan, yang kini telah berubah tempat dan lokasi pementasan. 

Teater muzikal berkenaan yang memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu suatu masa dahulu, sebelum ini dijadual dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 26 Ogos sehingga 31 Ogos ini.

Namun, disebabkan isu penajaan pihak produksi yang tidak mencukupi bagi menampung kos produksi yang mencecah jutaan ringgit, pementasan teater muzikal ini telah diubah tarikh dan lokasi yang baharu. 

Ia bakal diadakan di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS) pada 23 hingga 25 September ini.

Roslee berkata, dia menarik diri daripada mengarahkan pementasan teater itu selepas mengetahui penerbit tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mementaskan Moyang Salleh di IB. 

“Pihak penerbit telah maklum dengan keputusan saya itu, tapi pada masa yang sama mereka tetap berharap supaya saya akan kembali dan mengarahkan naskhah teater ini. 

“Cuma, sudah lama sangat saya tumpukan perhatian dengan pementasan teater muzikal ini iaitu sejak Disember tahun lepas, justeru eloklah saya beri tumpuan pada tugas lain. 

“Saya tidak sedikit pun kesal dengan apa yang berlaku. Saya memahami masalah dana yang tidak mencukupi. Saya reda,” katanya ketika dihubungi Getaran menerusi aplikasi whatsapp. 

Mengenai penglibatan barisan pelakon utama dalam pementasan teater muzikal Moyang Salleh ini, Roslee memberitahu, ada yang dapat menerima apabila tarikh dan lokasinya diubah dan ada juga yang tidak bersetuju. 

“Terserah kepada mereka kerana mungkin mereka sudah ada komitmen lain atau mereka ingin tahu terlebih dahulu dengan tawaran yang baharu ini,” katanya. 

Mengikut jadual pementasan asal, barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan teater muzikal, Moyang Salleh ini adalah Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aloeng Silalahi, Khir Rahman, Hairi Safwan, Melissa Kelvin, Along Eyzendy, Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin. 

Bagaimanapun sumber yang diterima Getaran memaklumkan beberapa pelakon utama pementasan teater muzikal ini juga sudah menarik diri. - Getaran, 26 Ogos 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN