Berita Terkini

2 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 2 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 2 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 2 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Dramatari Ratu Kuning Langkasuka Angkat Kisah Cinta Agung Diraja Menyayat Hati 

Dipentaskan bermula 23 - 25 September, dramatari Ratu Kuning Langkasuka diterbitkan pihak Istana Budaya sendiri dan diarahkan, Sabera Shaik.

Budaya Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah cinta agung Ratu Kuning Langkasuka dengan Yang Dipertuan Muda Johor menjadi intipati kepada penceritaan pementasan dramatari Ratu Kuning Langkasuka yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya tidak lama lagi. 

Dipentaskan selama tiga hari berturut-turut bermula 23 sehingga 25 September, dramatari Ratu Kuning Langkasuka ini diterbitkan pihak Istana Budaya sendiri dan diarahkan, Sabera Shaik, penggiat teater tanah air yang telah mementaskan banyak teater di dalam dan luar negara.

Pengarah Dramatari Ratu Kuning Langkasuka, Sabera Shaik. - Gambar ihsan The Yum List
Pengarah Dramatari Ratu Kuning Langkasuka, Sabera Shaik. - Gambar ihsan The Yum List

Pementasan dramatari ini diterbitkan  sebagai suatu usaha untuk mengangkat genre persembahan yang berbeza, sarat dengan garapan artistik serta mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi. 

Bahkan, ia juga turut menyerlahkan profesionalisme  koreografer dan kebolehan kumpulan Artis Tari Istana Budaya dalam menterjemah naskhah legenda di pentas berprestij tanah air beserta  iringan muzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). 

Dalam sidang media yang diadakan petang semalam, Sabera selaku pengarah berkata, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap keunggulan simetri dalam tarian Melayu Asli dan folk ini supaya kekuatan pementasan dramatari ini akan terserlah melalui  aspek koreografi dan lakonan. 

“Kalau anda fikir pementasna dramatari ini adalah sebuah persembahan yang lantang, tidak. Ia bukan seperti itu. 

“Penceritaannya sangat elegan dan mampu meruntun hati penonton. Kita akan membawa penonton fokus kepada penceritaan, lagu yang menarik, muzik yang menarik serta penari-penari yang mampu mengangkat cerita ini. 

“Kostum yang digunakan bukan sahaja berunsur tradisional semata-mata tetapi ia turut disuntik dengan elemen kontemporari untuk mengangkat persembahan ini nanti,” katanya. 

Pementasan dramatari Ratu Kuning Langkasuka ini turut mendapat khidmat Zainal Abidin Bujang, salah seorang koreografer senior Istana Budaya, selaku Pengarah Tari dan arahan muzik oleh Mohd Yazid Zakaria, konduktor dan pengarah OTM. 

Ratu Kuning Langkasuka berkisarkan kisah cinta agung pasangan diraja Ratu Kuning dengan Yang Dipertuan Muda Johor yang melalui pelbagai onak dan duri dilalui tatkala melayari bahtera perkahwinan. 

Gambar ihsan Istana Budaya
Gambar ihsan Istana Budaya

Muncul pula Dang Sirat yang menggunakan pelbagai muslihat untuk menawan hati Yang Dipertuan Muda Johor demi mencapai kekuasaan yang diinginkan. 

Disebabkan perkara tersebut, hati Ratu Kuning berkecai dan memberi kesan kepada hubungan perkahwinan mereka serta kerajaan yang diperintah baginda. 

Akibat malu dengan kecurangan yang dilakukan, Yang Dipertuan Muda Johor kembali ke negeri asal. Tahun berganti tahun, rasa rindu dan cinta yang mendalam menyebabkan Ratu Kuning berlayar ke Johor kerana perasaan rindu yang tidak dapat diungkapkan kepada suaminya. 

Persoalan sama ada Ratu Kuning dan Yang Dipertuan Muda Johor dapat disatukan, bakal menjadi klimaks dalam pementasan ini. 

Pastikan anda menonton pementasan dramatari ini. Tiket berharga RM15, RM25, RM35 dan RM80 boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my bermula 1 Ogos 2022 dan di Kaunter Box Office (21 hingga 22 September). 

Dramatari Ratu Kuning Langkasuka akan dipentaskan selama tiga (3) hari iaitu pada 23 & 24 September 2022, 8:30 malam manakala pada 25 September 2022, 3 petang di Panggung Sari, Istana Budaya. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Konsert Tribute, Ahmad Nawab Akan Hadir Walau Sudah Uzur 

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Dramatari Sang Seteru 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Saya Orang Terakhir Yang Mahu Gugurkan Aaron Aziz - Syamsul Yusof

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Artis Juga Perlukan Pengawal Peribadi - Hafreez Adam Komen Isu Kamal Adli Diserang Di Singapura 

Jelas pemilik nama sebenar, Hafreez Adam Aizat Zahalan, tidak salah jika individu yang menjadi figura umum itu memasang bodyguard demi keselamatan masing-masing...

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamsul Yusof Failkan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Pengkarya Harus Jaga Sensitiviti Dalam Karya Seni, Jangan Terlalu Ghairah Menyuntik Elemen Komersil – Fahmi Fadzil 

oleh Rubini Nagarajah