web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Kebudayaan Pamer Prestasi Positif - Timbalan Menteri Pelancongan

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 10:02AM

Persembahan kebudayaan tradisional dipersembahkan kepada para penonton yang hadir pada Malam Gala ‘ Magic of The Night’ 2022 bertemakan ‘Madanna Di Bumi Bertuah’ di Dataran Sungai Melaka malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sektor kebudayaan menunjukkan prestasi positif dalam menyumbang kepada pendapatan negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata walaupun berdepan dengan cabaran getir terutama ketika fasa pandemik, jumlah pendapatan sektor itu terus meningkat pada tahun 2022 dengan sasaran awal sebanyak RM300 juta.

“Pada tahun 2019 sektor kebudayaan telah menyumbang pendapatan negara sebanyak RM585 juta dan pada tahun 2020 pendapatan menyusut kepada RM241 juta kerana penularan wabak COVID-19.

“Bagaimanapun pendapatan sektor kebudayaan meningkat sebanyak RM20 juta kepada RM261 juta pada tahun 2021,” katanya dalam ucapan perasmian Malam Gala “Magic Of The Night” 2022 dengan tema “Madanna Di Bumi Bertuah” di Dataran Sungai Melaka di sini malam tadi.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, Sulaiman dalam ucapannya berkata program yang berlangsung selama tiga hari sejak kelmarin mampu memberi impak besar dalam menyerlahkan seni dan budaya Keluarga Malaysia.

Katanya inisiatif ini bukan sahaja dapat menghangatkan kembali pelaksanaan aktiviti secara fizikal malah turut merancakkan kembali perkembangan ekonomi dan industri pelancongan di Melaka.

“Semua pengisiannya juga bertepatan dengan adat warisan, seni dan budaya yang terdapat di Negeri Melaka.

“Justeru, saya menyeru kepada semua warga Negeri Melaka dan yang berada di luar Negeri Melaka untuk sama-sama menyokong dan menyertai program yang julung kali diadakan ini bagi pelancongan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sulaiman berkata dengan komitmen yang padu oleh semua pihak tanpa mengira kaum, fahaman politik, pegangan agama serta adat dan budaya, program sebegini akan dapat menjadi tonggak utama menjadikan Negeri Melaka yang makmur dan sejahtera bersama,” katanya.

Terdahulu majlis perasmian diserikan dengan persembahan teater muzikal dan perarakan bot berhias yang mewakili etnik di Malaysia. - Bernama

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN