web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Balai Seni Negara Perlu Pengisian, Kandungan Dari Penggiat Seni

Potensi bidang seni visual untuk berkembang maju di negeri ini sangat besar, lebih-lebih lagi dengan bakat serta pekerja seni yang ada.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:25AM

Pengunjung meneliti karya Roslisham Ismail (Ise) di Balai Seni Negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Balai Seni Negara memerlukan pengisian dan kandungan daripada kalangan penggiat seni dan rakan strategik untuk terus menyuburkan industri seni tanah air, selain menggerakkan sektor ekonomi serta pelancongan negara.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara Ameruddin Ahmad berkata kandungan dan pengisian yang terdiri daripada khazanah seni anak tempatan itu dapat dipaparkan atau menghiasi pusat pelancongan seperti rumah tumpangan dan tempat penginapan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mencari kolaborasi dengan rakan-rakan strategik, antaranya seperti di Perak yang mempunyai Agensi Seni Kreatif Kerajaan Negeri (PORT) yang turut membantu menjana pendapatan anak muda.

“Kita memerlukan pengisian untuk sektor pelancongan yakni apabila pelancong datang mereka pasti mahu merasai pengalaman baru.

“Di sini peranan kita dalam sektor seni dan budaya bersama-sama menggerakkan ekonomi melalui pengisian seperti seni cetakan yang merupakan medium dalam merakyatkan komuniti,” katanya ketika ditemui di Pameran “Permulaan” Kolektif Blok 22 di PORT semalam.

Selain itu beliau berkata Tabung Bantuan Seni (TBS) yang dilancarkan sejak tahun 2018 merupakan inisiatif Balai Seni Negara bagi menghidupkan dan menjalankan aktiviti seni dan visual di seluruh negara. 

“Tabung ini dapat menggalakkan para penggiat dan komuniti seni dari seluruh negara untuk bersama-sama menjalankan aktiviti kesenian.

“Peruntukan agak terbatas namun kami ambil pendekatan untuk menguruskan permohonan RM100,000 ke bawah dan jika lebih dari itu kita boleh mohon tabung dari kementerian,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata potensi bidang seni visual untuk berkembang maju di negeri ini sangat besar, lebih-lebih lagi dengan bakat serta pekerja seni yang ada, selain melahirkan generasi pelapis untuk diketengahkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Rasai Pengalaman Panglima Awang Keliling Dunia Pada Abad Ke-15 di Balai Seni Negara

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan