web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasai Pengalaman Panglima Awang Keliling Dunia Pada Abad Ke-15 di Balai Seni Negara

Teknologi METTAREKA membolehkan orang ramai menelusuri sejarah pengembaraan menerusi Enrique de Malacca Memorial Project 

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 5:17PM

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Amerrudin Ahmad (tiga,kiri) bersama Prof Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid (dua, kanan) mencuba teknologi Sistem Metasemesta Galeri REKA (METTAREKA) yang dibawakan menerusi pameran Enrique de Malacca Memorial Project karya Ahmad Fuad Osman di Balai Seni Negara. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pernahkah anda terfikir untuk merasai pengalaman pengembaraan seorang hamba tawanan perang berbangsa Melayu pertama, Panglima Awang atau Enrique de Malacca ketika mengelilingi dunia pada abad ke-15.

Kini, dengan kecanggihan teknologi Sistem Metasemesta Galeri REKA (METTAREKA), anda berpeluang menelusuri sejarah pengembaraan itu, menerusi pameran Enrique de Malacca Memorial Project karya Ahmad Fuad Osman di Balai Seni Negara, di sini bermula 14 Disember lalu hingga 31 Januari depan.

Enrique de Malacca Memorial Project adalah pameran koleksi tetap negara di Galeri REKA sejak 2016, memaparkan kisah seorang pemuda Melayu pertama, Panglima Awang atau Enrique de Malacca yang juga dikenali sebagai Henry The Black yang mengelilingi dunia bersama angkatan Ferdinand Magellan pada 1519 hingga 1522.

Walaupun hanya berdiri setempat, menerusi topeng mata dan peralatan yang mengawal pergerakan, penulis yang diberi peluang mencuba peralatan tersebut dibawa ‘menjelajah’ ke seluruh pameran itu sehingga 360 darjah sambil diiringi sistem bunyi yang padu dalam memberi penerangan.

Biarpun pemandangan hanyalah visual semata-mata, penulis juga tidak dapat lari daripada rasa gayat dan berdebar terutamanya ketika berada di atas kapal pelayaran yang ‘berada di tengah lautan' sambil terdenga bunyi angin dan kicauan burung.

Inisiatif mengembalikan nostalgia sebelum negara mencapai kemerdekaan itu dipacu oleh Balai Seni Negara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Projek METTAREKA, Prof Madya Dr Tengku Siti Meriam Tengku Wook berkata, METTAREKA adalah sistem persekitaran maya yang menerapkan teknologi metasemesta (metaverse) supaya bersedia untuk mengubah cara pengguna mendalami dan meneroka sejarah maritim Asia Tenggara pada abad ke-15.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Pengurusan dan Perisian Teknologi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sistem ini memberi tumpuan kepada interaksi kolaboratif untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

“Kita merevolusi pembelajaran sejarah dengan menawarkan pengalaman pembelajaran yang dinamik dan menarik kerana ia menggabungkan unsur realiti maya dan penceritaan digital untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang melangkaui sempadan,” katanya.

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Amerrudin Ahmad (dua,kanan) bersalam bersama Prof Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid (dua,kiri) selepas majlis menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara LPSVN dan UKM serta pelancaran projek METTAREKA di Balai Seni Negara. gambar BERNAMA
Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Amerrudin Ahmad (dua,kanan) bersalam bersama Prof Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid (dua,kiri) selepas majlis menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara LPSVN dan UKM serta pelancaran projek METTAREKA di Balai Seni Negara. gambar BERNAMA

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA selepas ditemui pada majlis menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dan UKM serta pelancaran projek METTAREKA di Balai Seni Negara, baru-baru ini.

Majlis perjanjian penyelidikan itu ditandatangani antara Ketua Pengarah LPSVN, Ameruddin Ahmad dan Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid.

Mengulas lanjut, Tengku Siti Meriam berkata, sistem METTAREKA terdiri daripada empat modul yang direka untuk menyediakan pengguna dengan penerokaan komprehensif sejarah maritim Asia Tenggara iaitu navigasi ruang Galeri REKA secara 360 darjah, animasi karakter 3D Panglima Awang, model kompas navigasi, Astrolabe dan pengalaman teleportasi di Kapal Trinidad.

“Teknologi imersif dalam pendidikan telah mencapai tahap baharu dengan pembangunan METTAREKA yang memudahkan interaksi masa nyata melalui identiti digital seperti avatar dan kandungan pembelajaran dalam talian menerusi penggunaan peranti boleh pakai (wearable device), termasuk set kepala realiti maya dan tablet.

"Oleh itu, pengunjung boleh mengakses maklumat secara visual, memanipulasi objek 3D dan berinteraksi secara kolaboratif dengan pengguna lain bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang konteks sejarah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, projek itu juga bertujuan memanfaatkan teknologi VR sebagai saluran untuk mempamerkan warisan seni visual pada skala global.

Sementara itu, Dr Hanafiah berkata, sistem METTAREKA dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM menerusi dana Geran Translasi UKM.

“Ia bukan sekadar sistem, sebaliknya adalah pintu masuk ke era pembelajaran baharu dengan pembelajaran sejarah yang lebih menyeronokkan dan pengguna bukan lagi sekadar pemerhati pasif,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 tahun yang lalu

Balai Seni Negara Perlu Pengisian, Kandungan Dari Penggiat Seni

2

Jelajah 3 tahun yang lalu

Pameran Seni Digital 'Walking Through A Songline' Dibuka Di Balai Seni Negara

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Selepas 2 Tahun Ditutup, Balai Seni Negara Kini Dibuka Semula

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden