web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Seni Digital 'Walking Through A Songline' Dibuka Di Balai Seni Negara

Pameran seni visual digital itu dianjurkan sebagai menghargai seni, budaya dan kreativiti Orang Asli Australia.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 2:00PM

Gambar ihsan Facebook Balai Seni Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pameran seni digital ‘Walking through a Songline’ dari Australia kini dipamerkan di Balai Seni Negara sehingga 11 Sept.

‘Walking through a Songline’ membawa pengunjung menyelami era zaman purba menggunakan teknologi digital seni visual terkini secara timbul (pop-up).

Berdasarkan komponen pameran Muzium Negara Australia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Songlines: Tracking the Seven Sisters, ia membawa pengunjung mengembara di sepanjang trek epik Seven Sisters Dreaming.

Pameran seni visual digital itu dianjurkan sebagai menghargai seni, budaya dan kreativiti Orang Asli Australia.

Gambar ihsan Facebook Balai Seni Negara
Gambar ihsan Facebook Balai Seni Negara

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee berkata rakyat Malaysia adalah penonton antarabangsa pertama yang berpeluang menikmati pameran versi digital timbul itu. 

"Penonton boleh menyelami kisah, pengetahuan kuno dan kepintaran artistik Orang Asli Australia dan menghargai hubungan unik mereka dengan tanah air mereka", kata Lee dalam satu kenyataan.

Penataan cahaya dihasilkan Muzium Negara Australia dengan kerjasama Mosster Studio, disokong Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai sebahagian inisiatif diplomasi awam utamanya - Australia Now.

Kurator Kanan dan Ketua Pengetahuan Orang Asli di Muzium Negara Australia Margo Neale, berkata: "Kita perlu mengingatkan dunia bahawa, meskipun pameran itu menceritakan kisah zaman kuno, ia mempunyai kaitan kontemporari yang penting dan menggunakan teknologi kontemporari serta bentuk seni yang lebih konvensional.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

oleh Rahayu MN