web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 2 Tahun Ditutup, Balai Seni Negara Kini Dibuka Semula

Balai Seni Negara kini dibuka semula selepas ditutup dua tahun bagi memberi laluan untuk kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian sejak Ogos 2020.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:49PM

Gambar Instagram @nationalartgallerymy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Balai Seni Negara, galeri ikonik tarikan pelancongan negara kini dibuka semula bermula hari ini selepas ditutup dua tahun bagi memberi laluan untuk kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian sejak Ogos 2020. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek naik taraf dan pengubahsuaian dengan peruntukan sebanyak RM4 juta yang disalurkan kementeriannya itu siap sepenuhnya Mac lepas. 

Beliau berkata projek menaik taraf melibatkan ruang galeri dan bumbung utama yang berkonsepkan 'Gajah Menyusu' masih dikekalkan identitinya bagi memperkasakan tekad dalam memartabatkan seni tradisi di dalam konteks kontemporari. 

"Sempena pembukaan semula galeri, Balai Seni Negara membawakan Pameran 'NUSA' iaitu pameran Koleksi Tetap Seni Visual Negara. Pameran ini melibatkan lima buah galeri iaitu Galeri Reka, Tun Razak, 2A, 2B dan 3B.

"Sebanyak 466 karya dipamerkan yang mengetengahkan naratif sejarah dan mitos, persoalan dan pencarian hal identiti, idea dan cadangan yang terhasil seterusnya membawa kepada pembentukan representasi Tenggara yang ingin diketengahkan dalam pameran ini melalui Koleksi Negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan semula Galeri Balai Seni Negara, di Kuala Lumpur hari ini. 

Nancy berkata Pameran ‘NUSA’ itu akan berlangsung selama tiga tahun dan pasukan kuratorial Balai Seni Negara telah bersedia dengan penggiliran karya di ruang pameran bagi meningkatkan jumlah capaian karya koleksi kepada khalayak.

Berkongsi mengenai majlis pembukaan itu, menteri itu berkata sambutan diterima daripada pengunjung tempatan diluar jangkaan, sekali gus optimis sambutan pelancong luar juga akan meningkat dengan adanya promosi dalam talian.

Majlis perasmian itu turut menyaksikan pengumuman dan penyerahan 11 anugerah Bakat Muda Sezaman 2021 (BMS21) yang bertemakan 'Seni di Lokasi' dan lima Anugerah Penghargaan kepada penggiat seni tempatan.

Menyentuh mengenai perancangan kementerian dalam memperkasakan sektor pelancongan, Nancy menggalakkan lebih ramai penggiat seni tempatan khususnya pembina arca supaya menonjolkan karya seni mereka di lokasi-lokasi tumpuan umum.

Melalui kerjasama dan kolaborasi pelbagai pihak, pendekatan itu dilihat mampu mewujudkan lebih banyak lokasi dengan nilai-nilai estetika tersendiri, sekali gus menjadi ikon lokasi dan tumpuan baharu pelancong untuk bergambar, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Rasai Pengalaman Panglima Awang Keliling Dunia Pada Abad Ke-15 di Balai Seni Negara

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan