web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yayasan Tenun Pahang Diraja Tuan Rumah Simposium Tekstil Tradisional ASEAN

Simposium itu akan menghimpunkan penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari seluruh Malaysia, ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 12:11PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berangkat menyempurnakan Pameran Tenun Pahang Diraja sempena Minggu Kraf London (LCW) Mei lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yayasan Tenun Pahang Diraja akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 yang akan diadakan di Putrajaya pada 25 hingga 30 September ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah simposium itu akan menghimpunkan penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari seluruh Malaysia, ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.

Simposium dwitahunan itu akan menampilkan keindahan seni tekstil negara termasuk songket dan batik serta teknik penghasilan tekstil seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.

"Selain mengeratkan persaudaraan dalam kalangan negara-negara ASEAN di mana mereka juga sama-sama menggunakan teknik menenun, membuat batik cuma lain sikit, kita juga ingin ketengahkan semua jenis kraf di Malaysia.

"Kita juga ingin menunjukkan apa kerajaan Malaysia buat dalam memperjuangkan kraf walaupun tidak mempunyai banyak reka bentuk seperti negara lain. Kita nak tunjuk apa kerajaan kita buat untuk memastikan hasil kraf ini berkekalan," titah Seri Paduka pada sidang media di Istana Negara hari ini.

Tunku Azizah yang juga pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, bertitah baginda sendiri telah menamakan Malaysia sebagai tuan rumah simposium kali ini bagi memastikan baginda dapat terlibat sama dalam penganjuran acara yang bermakna itu.

"Sepatutnya untuk Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 ini Singapura menjadi tuan rumah, namun saya minta daripada Singapura untuk beri Malaysia dahulu kerana semasa saya berada di sini (Istana Negara), biarlah saya dapat hos simposium ini," titah baginda.

Tunku Azizah bertitah pelbagai koleksi menarik akan dipamerkan pada simposium itu antaranya koleksi tenun peribadi Seri Paduka sendiri, hasil tenunan dari penjara serta koleksi peribadi tokoh budaya Allahyarhamah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz.

Pada simposium itu, sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 negara antaranya Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar bagi membincangkan berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tektil tenunan asli di rantau ASEAN.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka merasmikan pembukaan simposium itu dan Raja Permaisuri Agong akan menyampaikan ucaptama pada majlis yang sama.

Yayasan Tenun Pahang Diraja ditubuhkan untuk membangunkan Tenun Pahang Diraja sebagai satu perusahaan kraf warisan yang mampu memperbaiki taraf hidup rakyat dengan mencipta peluang pekerjaan yang saksama bagi pekerja seni, penenun dan tukang.

Menyentuh mengenai Minggu Kraf London (LCW) yang menampilkan keindahan Tenun Pahang Diraja pada 9 hingga 15 Mei lepas, Tunku Azizah menzahirkan perasaan bangga apabila menerima sehingga 3,000 pengunjung pada pemeran tersebut.

Berkongsi pengalaman itu, Seri Paduka bertitah bahawa pengunjung yang hadir memuji keunikan dan kecantikan tenunan yang dihasilkan daripada program tenunan dari penjara selain menyanjung tinggi usaha yang dimainkan baginda serta kerajaan Malaysia dalam mengiktiraf seni kraf negara.

"Ramai yang datang tak percaya apa yang kami bawa ini adalah hasil banduan dari penjara. Saya ada beritahu mereka kita telah pergi jauh sejak kita menjenamakan Tenun Pahang Diraja pada 2005. Tujuh belas tahun... Alhamdulillah saya sangat gembira pameran itu mendapat sambutan.

"Ramai yang datang dari pagi sampai ke petang. Mereka dapat merasai hasil air tangan banduan yang kami turut bawa seperti biskut, sardin roll dan mini murtabak," titah Seri Paduka. - Bernama

Gambar hiasan ihsan: TENUN PAHANG by Realistic Attraction

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...