web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Xanadu Records Terkejut Dondang Sayang Milik Filipina

Xanadu Records mendapat notifikasi daripada YouTube apabila menggunakan melodi asal Dondang Sayang untuk lagu Dondang Sayang Raya yang dipersembahkan bakat baharu mereka.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepertimana Mak Yong di Kelantan, persembahan seni budaya Dondang Sayang yang terkenal di Melaka juga telah diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

UNESCO memberikan pengiktirafan terhadap seni muzik warisan yang mula dicetuskan pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 ini di Mauritius pada 29 November 2018.  Pengiktirafan itu dibuat di bawah ‘Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003’ yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Sebagai suatu eksperimen dan percubaan untuk memastikan seni warisan Dondang Sayang ini terus dihargai di kalangan generasi muda, label muzik Xanadu Records telah menghasilkan lagu raya berjudul Dondang Sayang Raya yang dipersembahkan bakat baharu mereka, Syafiqah Adlina yang baru sahaja menuntut di Tingkatan Lima. 

Lagu Dondang Sayang Raya itu menggunakan melodi asal Dondang Sayang, manakala lirik pantunnya pula dihasilkan TyraSyaf.

Bagaimanapun, hasrat murni yang yang cuba dilakukan Xanadu Records itu berdepan dengan cabaran apabila hak milik lagu Dondang Sayang itu menjadi milik orang Filipina. 

Pengarah  Urusan Xanadu Records, Mahadhir Mohamad berkata, dia terkejut apabila menerima notifikasi bahawa Dondang Sayang itu menjadi milik salah seorang individu di negara republik itu sewaktu cuba memuat naik lagu Dondang Sayang Raya di saluran YouTube mereka  iaitu Xanadu Records. 

“Dalam notifikasi itu juga tertera bahawa YouTube memberikan tempoh 30 hari kepada pemilik asal lagu itu untuk mengambil tindakan. Kalau pemilik asal membenarkan lagu itu digunakan, saya tidak perlu berbuat apa-apa. 

“Sekarang ini sudah 15 hari. Setakat ini, saya tidak tahu apakah tindakan yang bakal diambil pemilik asalnya, Saya sedang menunggu keputusan daripada individu tersebut. 

“Kalau pemilik asal tidak benarkan, ada kemungkinan YouTube akan memadam atau membuang  muzik video Dondang Sayang Raya yang dimuatnaik label kami itu, ” katanya. 

Persoalannya sekarang ini, kata Mahadhir, bagaimana lagu asli Dondang Sayang itu menjadi milik orang bukan Malaysia. 

“Itu yang membuatkan saya hairan dan pelik. Sedangkan lagu Dondang Sayang itu asalnya dari Melaka dan telah diiktiraf Unesco. 

“Bahkan sebelum ini, ramai sahaja penyanyi-penyanyi lain yang pernah merakamkan semula lagu asli Dondang Sayang ini. Tapi, tiada pula kes begini,” katanya. 

Jelas Mahadhir lagi, setakat ini, dia masih belum membawa isu ini ke peringkat pihak yang berkenaan. 

“Saya mahu tunggu dahulu selepas 30 hari. Sekiranya, individu dari Filipina itu tidak membenarkan lagu itu digunakan, barulah saya akan membawa isu ini ke tengah,” katanya lagi. 

Gambar:  Xanadu Records 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN