Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“Jika Bukan Saya Yang Perjuangkan Seni Ini, Siapa Lagi?” 

Tokoh wayang kulit Kelantan, Mohd Jufry Yusof berkongsi pengalamannya sebagai Tok Dalang sejak berusia 6 tahun lagi.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:35AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kecil lagi, pada usia enam tahun, tokoh wayang kulit Mohd Jufry Yusof sudah mengintai setiap gerak-geri penyampaian datuknya yang juga merupakan seorang Tok Dalang yang aktif di Kelantan semasa hayatnya. 

Kerana tumpahnya juga kuah ke nasi, Mohd Jufry mewarisi bakat serta minat datuknya dan mula berjinak-jinak meniru lukisan watak wayang kulit datuknya di atas kertas. Sesekali bapanya akan datang membantu. Beberapa tahun sudah berlalu, kini beliau merupakan antara individu penting seni warisan wayang kulit Kelantan di Malaysia. 

Mohd Jufry yang juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi cerita tentang wayang kulit dan proses penghasilan watak. Ada banyak aspek dan elemen yang menyokong kejayaan sesuatu persembahan wayang kulit. Ia termasuklah jalan cerita, permainan muzik, watak serta yang paling mustahak, Tok Dalangnya. 

Ketika persembahan, Tok Dalang bertindak mengemudi penceritaan dengan menjayakan beberapa watak di belakang kelir (tirai wayang kulit). Oleh itu, tangan Tok Dalang harus cekap memainkan dan menukar watak sesuai jalan cerita. Antara watak yang popular ialah Sri Rama, Ramayana juga beberapa karakter lain seperti Ajran Tawi, Ajran Temala dan Rakna Dewa.

113 watak

Apa yang lebih mencabar, segala dialog yang dilontarkan tidak mempunyai skrip dan memang bergantung sepenuhnya kepada kreativiti Tok Dalang. 

“Setakat ini saya mempunyai 113 watak yang rekaan asalnya dihasilkan oleh datuk saya. Ada watak yang sudah berusia 100 tahun dan diwarisi turun-temurun. Saya mengambil masa 10 tahun untuk menghasilkan semula watak-watak ini. Itupun masih di atas kertas dan saya masih belum pindahkan ke dalam komputer,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Bercerita lanjut tentang proses penghasilan watak, setiap satu mempunyai rekaan yang terperinci. Bahkan pemilihan kulit haiwan berbeza mengikut saiz serta karakter watak yang ingin dihasilkan.

“Biasanya jika watak itu bersaiz besar atau mempunyai babak bergaduh, kita akan menggunakan kulit lembu kerana ia lebih tahan lama. Ini kerana, watak-watak tersebut akan dilagakan di setiap babak pergaduhan. Jika tidak kuat, maka terjadilah insiden watak terputus kepala atau tangan. Bahkan pernah sehingga kelir pun turut terkoyak,” ceritanya. 

Bagi memastikan watak ini kekal lama, ia mestilah disimpan di tempat terbuka dalam suhu bilik. Jika diletakkan di dalam kotak atau laci, dikhuatiri lembap dan merosakkan watak yang dihasilkan.

 

Pertembungan moden dan tradisional

Berbual mengenai usaha memberikan sentuhan moden oleh beberapa pengamal seni yang sebelum ini menampilkan cerita 'Star Wars' melalui wayang kulit. Mohd Jufry ternyata mempunyai pendapat berbeza.

“Saya tidak menafikan ada usaha yang dilakukan dalam kalangan Tok Dalang yang ingin memodenkan seni wayang kulit untuk tujuan komersial. Namun, saya lebih cenderung memilih  cara tradisional iaitu masih mengekalkan watak klasik. Cuma mungkin dialog dan jalan cerita diubah menjadi lebih menarik agar anak muda berasa dekat. 

“Itulah prinsip yang saya pegang dan yang saya turunkan kepada anak didik saya. Saya khuatir jika wayang kulit dimodenkan dan tidak mengikuti unsur tradisi maka ia akan hilang keaslian. Selain itu penonton tidak dapat membuat perbandingan mana satu tradisional dan moden khususnya dalam kalangan penonton luar negara,” katanya panjang lebar. 

Wayang kulit di mata dunia

Mohd Jufry mengakui, di bahunya terletak rasa tanggungjawab untuk memastikan seni budaya masyarakat Melayu tidak hilang ditelan zaman. Mujurlah, hasrat itu diteruskan oleh kelima-lima orang anaknya walaupun masing-masing bekerja sebagai pensyarah dan doktor.

“Kami sedang menunggu kapal mewah yang membawa pelancong Sweden dan dijadual berlabuh di Pelabuhan Klang. Kami akan membuat persembahan wayang kulit, gamelan dan dikir barat untuk mempromosikan budaya masyarakat kita kepada mereka. 

“Jika berkesempatan, bulan 10 ini juga saya bakal ke Bulgaria untuk tujuan yang sama,” katanya

Bukan itu sahaja, Mohd Jufry juga sedang dalam proses penyiapkan katalog dan buku yang menghimpunkan watak-watak wayang kulit sejak zaman datuknya. Beberapa skor muzik iringan pementasan juga dihasilkan bagi memudahkan generasi akan datang mempelajari seni wayang kulit.

“Selagi berdaya, saya akan berterusan mengajar wayang kulit kepada generasi muda. Jika bukan saya, siapa lagi yang akan buat?” soalnya tersenyum menutup bicara.

Pengunjung boleh melihat sendiri secara dekat watak-watak dan bengkel wayang kulit di Galeri Meriah Raya, tingkat bawah Intermark Mall. Persembahan dan rancangan wayang kulit oleh Wak Long di The Art of Shadow Exhibition ini pada 16, 17 dan 24 April pada jam 2 petang. 

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara melukis batik, membuat batu seremban, bermain congkak dan membeli persiapan raya di sana sehingga 30 April ini. - Getaran, 14 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

3

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 7 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis