web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Corak Klasik Tambah Nilai Warisan Mangkuk Tingkat

Dihiasi lukisan tangan pelbagai corak dan motif melambangkan identiti seni budaya Malaysia menjadikan bekas makanan ini tampil lebih istimewa, tampak mewah dan tidak lapuk ditelan zaman.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 9:54AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggunaan warna terang berkonsepkan elemen klasik dan tradisional seperti motif batik dan kebaya pada mangkuk tingkat keluli menjadikan bekas makanan warisan itu tampil lebih unik dan pastinya menawan hati sesiapa yang melihat. 

Dihiasi lukisan tangan pelbagai corak dan motif melambangkan identiti seni budaya Malaysia, menggunakan pewarna bebas toksik menjadikan bekas makanan yang juga dikenali sebagai 'tiffin' itu tampil lebih istimewa, tampak mewah dan tidak lapuk ditelan zaman. 

Pengasas syarikat keusahawanan sosial, JEiWA Global Resources Ina Fadilah Mohamed Nizar berkata idea untuk memulakan perniagaan mangkuk tingkat pada 2018 tercetus ketika menikmati juadah di dalam bekas makanan itu semasa menaiki kereta api. 

"Waktu itu, rasa macam seronok pula makan dalam mangkuk tingkat, terimbau nostalgia zaman dulu-dulu, tapi mungkin lebih menarik sekiranya bekas itu dihias dengan corak dan warna. 

"Kebetulan saya sedang mencari idea perniagaan bagi mengumpul dana untuk menubuhkan pusat komuniti integrasi JEiWA Power House, bertujuan memperkasa wanita termasuk golongan profesional dan berkerjaya yang pernah terlibat dengan keganasan rumah tangga," katanya kepada Bernama. 

Menambah seri bekas hidangan makanan itu, ia turut diwarnai dengan warna terang seperti biru, jingga, merah selain warna pastel yang tampak lebih klasik. 

“Bagi setiap bekas, pelukis mengambil masa sekitar 30 minit ke sejam untuk proses melukis dan mewarna bergantung kepada karya, sebelum dikeringkan,” katanya. 

Selain mangkuk tingkat, jenama itu turut menawarkan pelbagai jenis bekas makanan aneka saiz dan bentuk daripada material dan konsep yang sama bermula daripada harga RM269. 

Bekas pegawai tadbir diplomatik itu berkata matlamatnya mewujudkan mangkuk tingkat yang dijenamakan sebagai Tiffin JEiWA itu bukanlah mahu mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya memberi impak dan membentuk ekosistem bagi membantu menaikkan taraf hidup masyarakat dengan sokongan pemasaran dan latihan. 

"Objektifnya antara lain memberi peluang pekerjaan kepada pelukis termasuk pelukis kaligrafi, mural malahan warga emas dan ibu tunggal yang berbakat.

"Kita sebenarnya ada ramai pelukis berbakat tapi mereka tiada idea terutama untuk menggabungkan nilai komersial dalam karya bagi menarik pelanggan," katanya yang juga membuka ruang kepada kaum wanita menjana pendapatan menerusi komisen jualan produk. 

Beliau berkata syarikatnya kini mampu menghasilkan kira-kira 1,000 produk sebulan dan sebahagian besar keuntungan disalurkan kepada pusat komuniti integrasi kendaliannya di Johor yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti ruang acara, bilik latihan dan bilik kaunseling bertujuan mewujudkan komuniti sokongan buat wanita.

Ina Fadhilah berkata jenama itu juga menawarkan beg anyaman menggunakan bahan gentian polivinil klorida (PVC) berkualiti tinggi dihasilkan wanita Penan yang tinggal di Sarawak dan dilatih dengan teknik simpul anyam tunggal yang diberi bantuan modal garis panduan reka bentuk.

"Misi saya untuk membantu golongan kurang berkemampuan atau luar bandar dibimbing menggunakan kemahiran sedia ada tapi mampu menghasilkan nilai barangan yang lebih baik sekali gus menjadi sumber pendapatan lebih lumayan," katanya. 

Menurutnya, mangkuk tingkat tersebut juga mendapat tempat di hati peminat luar negara dan pernah dijual di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Qatar, Dubai, Jepun, Perancis dan China. - Bernama

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

3

Sukan 3 tahun yang lalu

KBS Beri Keutamaan Kebajikan Atlet Di Kemboja

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN