web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abe Lan Pengasuh Si Candik

Kemerduan suara burung merbah jambul atau candik amat mengasyikkan malah ramai sudah mengetahui mengenai pertandingan mencari keunikan suara unggas tersebut di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:52AM

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemerduan suara burung merbah jambul atau candik amat mengasyikkan malah ramai sudah mengetahui mengenai pertandingan mencari keunikan suara unggas tersebut di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Bagi peminat burung berkenaan di sekitar ibu negeri ini, mereka mempunyai sebuah 'pusat asuhan' khusus untuk menghantar burung peliharaan masing-masing sebelum menyertai sebarang pertandingan.

Sejak lebih 10 tahun lepas, menjadi rutin harian Mohd Mazlan Ya, 61, berkhidmat sebagai pengasuh kepada ratusan ekor si candik yang dihantar oleh para penggemar burung itu ke kedai burung miliknya di Bazar Tengku Anis, di sini.

"Saya buka kedai sekitar 7.30 pagi dan dalam tempoh itu rakan-rakan akan menghantar burung merbah jambul atau candik milik mereka kepada saya.

“Kebanyakan pemilik ini bekerja di sekitar Kota Bharu, jadi mereka tinggalkan si candik di sini hingga habis waktu bertugas kira-kira 5 hingga 6 petang. Jadi sepanjang tempoh tersebut, saya akan memandikan, membersihkan sangkar, menjemur dan memberi makan kepada burung itu. 

“Faktor paling penting yang menjadikan tempat (kedai) saya ini sebagai pilihan utama mereka adalah kerana saya akan mengadu suara burung candik sebab setiap hari ada hampir 30 ekor di kedai ini," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Mohd Mazlan yang mesra dengan panggilan Abe Lan dalam kalangan peminat si candik berkata terdapat dua kategori burung itu yang diasuh di kedainya yang beroperasi dari Sabtu hingga Rabu.

"Kategori pertama, burung 'main’ yang sudah biasa menyertai pertandingan dan sedia untuk beradu. Kategori kedua ialah burung reban yang masih baru dan perlu diasuh sebelum menyertai pertandingan.

"Sebab itu saya akan buka kedai bermula Sabtu hingga Rabu kerana burung-burung ini perlu berehat pada Khamis sebelum menyertai pertandingan pada keesokan harinya (Jumaat)," katanya.

Lebih istimewa, Abe Lan langsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada rakan-rakan yang meninggalkan si candik untuk diasuhnya.

"Tak ada sebarang bayaran, semuanya percuma. Mungkin itu faktor saya dan tempat ini dipilih sebagai pusat asuhan si candik. 

“Bagaimanapun, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada saya, rakan-rakan akan membeli makanan burung yang dijual di kedai ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seni Suara Burung Candik Kelantan Mohd Arif Mohd Yaacob, 55, berkata burung candik perlu dibiasakan dengan keadaan persekitaran sebelum menyertai pertandingan.

"Di kedai milik Abe Lan ini, ada disediakan tempat khusus untuk menggantung sangkar burung candik. Ada hampir 30 ekor burung dalam satu-satu masa, persekitaran seakan pertandingan akan membiasakan unggas sebelum menyertai pertandingan sebenar.

"Ini penting kerana kita mahu burung biasa dengan persekitaran dan tidak takut dengan kehadiran orang ramai," katanya sambil menambah empat kriteria iaitu galak, gaya, air suara dan hujung suara akan dinilai semasa pertandingan unggas tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 tahun yang lalu

Tangkap Haruan Sambil Jalin Ukhuwah Kaki Pancing

2

TARA 3 tahun yang lalu

Viu Malaysia, Reka Teemor Cari Pasangan Bertuah, Taja Pakej Majlis Perkahwinan Impian Bernilai RM350,000

3

TARA 3 tahun yang lalu

Peminat Seni Fotografi Dipelawa Sertai Pertandingan Fotografi Warisan Sibu 2022

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Menangi Percutian Ke Korea Selatan Bersama Pelakon 'She Was Pretty' Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN