web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAPU Tawarkan Karya Seni Mampu Milik Kepada Pencinta Seni

PAPU adalah lorong sempit yang dipenuhi karya-karya seni unik pelbagai stail hasil kerja artis muda dan artis baru terbaik di Malaysia.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 5:34PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya-karya seni tempatan sememangnya sudah mula mendapat perhatian daripada para pencinta seni, namun tidak ramai yang mampu memilikinya kerana harganya yang cukup mahal. 

Menyedari hakikat ini, Pop Art Pop Up atau lebih dikenali sebagai PAPU telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan karya seni mampu milik daripada artis tempatan dan serantau kepada peminat-peminat seni. 

Terletak di satu sudut di Level 2 (G3) Publika, PAPU adalah lorong sempit yang dipenuhi karya-karya seni unik pelbagai stail hasil kerja artis muda dan artis baharu terbaik di Malaysia.

Pemilik dan kurator PAPU, Nicholas Siau a.k.a Nemo, 28, berkata, objektif mereka adalah untuk menjual pop art mampu milik kepada generasi muda yang sememangnya menaruh minat terhadap seni tetapi merasa terintimidasi oleh dunia seni. 

Dengan menawarkan bermacam-macam jenis karya seni, Nemo telah memilih setiap satunya berdasarkan cita rasanya. 

“Tiada satu pun karya seni yang ada di sini yang saya tidak akan beli sendiri. Setiap hasil seni yang dipamerkan adalah unik dan mempunyai kisah mereka sendiri.

“Walaupun misi saya adalah untuk membuka jalan dan menggalakkan orang muda di Malaysia untuk mengenali dunia seni tempatan yang semakin berkembang.

“Namun ingin saya tekankan bahawa PAPU dicipta sebagai ruang yang mengalu-alukan kedatangan semua orang. Dari mula tercetusnya idea ini, sampai sekarang, konsepnya adalah sentiasa mesra rakyat.

Pemilik dan kurator PAPU, Nicholas Siau a.k.a Nemo
Pemilik dan kurator PAPU, Nicholas Siau a.k.a Nemo

“PAPU juga menyasarkan masyarakat umum yang ingin menghiasi ruang mereka dengan karya seni menarik dengan bajet yang terhad,” katanya. 

PAPU telah dilancarkan pada 2018 sebagai satu gerakan seni dan sehingga ke hari ini, ia telah mengumpul lebih daripada 500 karya seni yang boleh dipamerkan dalam pelbagai saiz dan harga. 

Sesuai dengan namanya, PAPU turut menawarkan lebih banyak karya seni grafiti dan seni jalanan kerana hasil kerja sebegini jarang dipamerkan di dalam mana-mana galeri di Malaysia. 

Menampilkan nama-nama seperti Adeputra Masri, Badrulzzaman Abu, Nazmi Ismail, Syukur Rani, Chris Tan, Haris Ribut, Fritildea, Aesmo Roc, Jefr dan artis-artis yang sedang meningkat naik seperti Sanan Anuar, Oli dari Indonesia dan Koh Kai Ting (Singapura), PAPU sesuai digambarkan sebagai ruang kedai untuk seni. 

“PAPU bukanlah sebuah galeri. Ia lebih mesra, santai dan suasananya lebih terbuka. Ini bukanlah satu konsep yang baru. Ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi apa yang kita ada sekarang sedikit berbeza. 

“Kami menyediakan ruang yang didedikasikan sebagai ruang rehat untuk digunakan sebagai tempat pengunjung dapat berdiskusi mengenai seni dengan rakan-rakan mereka atau peminat seni yang lain. 

“Kami ingin membina satu komuniti yang berkongsi minat yang sama sambil memberi sokongan kepada projek-projek yang dijalankan oleh penggiat seni yang lain,” jelas Nemo dengan lanjut.

Menurut Nemo lagi, dengan bermacam-macam jenis pengunjung yang ditemui di PAPU, ia merupakan satu tugasan yang mencabar untuk memastikan mereka mempunyai sesuatu untuk setiap orang yang datang. 

“Kami telah menerima pengunjung yang terdiri daripada peminat seni, pereka hiasan dalaman, pemuzik, pelajar sehinggalah pekerja ofis yang hanya datang untuk mencuci mata. 

“Kadang-kadang pembeli yang membeli karya seni pada kali pertama akan terkejut apabila mereka mengetahui yang kami ada menjual karya seni serendah RM70 (siap untuk digantung) dan kemudiannya saya perasan yang mereka akan datang semula untuk dapatkan lagi banyak benda. 

Jelas Nemo lagi, dia berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan membuka minda mereka terhadap idea untuk memiliki dan mengumpul karya seni kerana jika mereka mampu membeli sepasang kasut sneakers berjenama, mereka sememangnya mampu membeli karya seni.

“Saya percaya harga yang berpatutan merupakan langkah pertama yang penting bagi ekonomi seni, dan menerusi PAPU kita akan mempunyai industri seni yang kian membesar dan ini membuka ruang kepada lebih ramai peminat, lebih ramai pembeli dan pengumpul serta lebih ramai artis baharu dan lebih banyak galeri baharu, segala-galanya lebihlah!,” katanya dengan penuh semangat. 

PAPU akan berada di Publika sehingga Disember 2022. Ia buka setiap hari dari 11 pagi hingga 10 malam. Pameran ‘ROHANI’ bermula pada 27 Mac 2022. 

Ikuti PAPU di Instagram @papu.mykl. - Getaran, 17 Mac 2022

Gambar: JC Public Relations & Communications

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Beri 25 Peratus Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik Di KL

3

TARA 3 tahun yang lalu

Keindahan Seni Arabesque, Pengaruh Seni Hiasan Dunia Islam Yang Masih Kekal Dan Popular

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenapa Kita Anggap ‘Seni’ Sekadar Ala Kadar? – Sharifah Amani

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN