web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koleksi Batik Inderapura Raja Permaisuri Dipamer Pada Hari Kraf Kebangsaan

Lebih 30 helai koleksi peribadi batik hasil sentuhan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dipamerkan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 23 Februari ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 3:52PM

Gambar: Ihsan IKN, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 30 helai koleksi peribadi batik hasil sentuhan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 23 Februari hingga 7 Mac ini.

Pameran kali kedua Raja Permaisuri itu bertemakan Sentuhan Permaisuri: Explorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura akan mengetengahkan batik cantingan tangan dan cetakan blok oleh Seri Paduka menggunakan fabrik krep, sutera dan linen.

Pada sesi previu koleksi batik peribadi Tunku Hajah Azizah di Institut Kraftangan Negara (IKN) baru-baru ini, Pengarah Kanan IKN Abdul Halim Ali berkata keunikan koleksi itu adalah reka corak dan teknik batik tersebut dihasilkan secara eksperimental dan spontan Raja Permaisuri ketika mencanting.

Jelasnya, koleksi itu mempamerkan pelbagai teknik terap (batik blok), melukis dan mewarna batik yang digunakan Tunku Hajah Azizah berdasarkan pengalaman Seri Paduka termasuk beberapa teknik baharu boleh diangkat sebagai identiti batik Pahang.

“Antaranya ialah teknik sapuan warna secara berlapis dengan pola corak beragi dan berjalur seperti yang terdapat pada kain Tenun Pahang Diraja, selain teknik sapuan warna berlapis yang diolah secara vertikal, horizontal dan bersilang menghasilkan kesan tona warna berbeza.

“Gabungan teknik membatik yang berbeza secara eksperimental dan spontan inilah, Tunku Hajah Azizah menghasilkan satu identiti batik unik untuk negeri Pahang atau dikenali dengan nama Batik Inderapura,” katanya. 

Beliau berkata bagi koleksi itu, kira-kira 14 batik dibuat secara berpasangan untuk dijadikan pakaian lelaki dan wanita, tiga bagi kemeja lelaki dan tujuh kain pasang wanita selain terdapat 10 kain skaf yang dilukis Seri Paduka ketika berada di London, United Kingdom turut dipamerkan.

Katanya lagi, selain koleksi batik Seri Paduka, rakaman video Tunku Hajah Azizah sepanjang proses menyiapkan kain batik itu turut akan ditayangkan kepada pengunjung.

Sementara itu, usahawan batik Yus Faizal Rahim bertindak sebagai pembantu Tunku Hajah Azizah ketika menghasilkan batik itu berkata Seri Paduka amat teliti dan tekun dalam setiap proses pembuatan koleksi tersebut, malah Raja Permaisuri akan berada seharian di bengkel batik di IKN untuk menyiapkan karya itu.

Beliau yang juga bekas graduan IKN berkata Seri Paduka menyiapkan setiap bahagian karya itu secara sendiri tanpa sebarang bantuan termasuk dalam pemilihan dan bancuhan warna serta reka corak batik.

“Tunku (Hajah Azizah) menyiapkan batik secara berterusan di setiap bahagian fabrik dan melapiskan warna satu demi satu pada batik sehingga berpuas hati dengan hasilnya. Sementara menunggu helaian batik yang diwarnakan menjadi kering, Seri Paduka akan menyiapkan helaian lain pula.

“Seri Paduka juga akan pastikan tiada pewarna yang digunakan itu dibazirkan, malah Tunku Hajah Azizah menggunakannya semula sehingga habis,” katanya.

Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2022 dibuka setiap hari bermula esok, 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukan adalah percuma.

Selain pameran, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan termasuk seminar dan jualan produk daripada puluhan pengusaha dan usahawan kraf tangan tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN